Special Chapter : 5

5.9K 242 10
                                    

Eva menguak pintu bilik kerja Firash dan mengintai suaminya yang sedang bercakap dengan seseorang melalui zoom. Dengar macam suara perempuan.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik kerja itu dan menutup pintu. Dipusingkan tubuhnya dan berjalan mendekati Firash.

Sampai sahaja dekat, Eva langsung menarik kerusi yang berhadapan Firash untuk duduk. Firash berpaling memandang hadapan melihat isterinya. Kedua alisnya diangkat sebagai tanda bertanya 'kenapa'.

Eva menggelengkan kepala seraya tersenyum. Setelah itu, Firash kembali fokus dengan apa yang diberitahu oleh wanita yang berada di talian zoom. Eva merenung sahaja suaminya. Handsome betul. Untung dapat suami hensem ni. Tak sakit mata tengok hari-hari.

Hari-hari rasa bahagia dan rasa senang. Suami hensem. Sedap mata memandang. Huhu. *flip hair

"Siapa tu?" Terus Eva menerpa dengan soalan selepas Firash habis bercakap dengan wanita tadi.

"Kirana." Sepatah Firash menjawab.

"Oh." Eva hanya meng'oh'kan sahaja.

"Kenapa cari abang sampai sini?" Soal Firash yang sudah sepenuhnya memandang Eva.

"Bosan. Luth dengan Elya kan bonda dan ayah dah ambil. Tak tahu nak buat apa. Nak masak, awal lagi ni. Baru pukul 11 pagi." Adu Eva dengan manja. Memuncung mulut dia.

"Kesian isteri abang ni. Bosan dia ya? Abang pula ada kerja ni. Sayang teman abang buat kerja lah. Nak?" Tawar Firash cuba memujuk.

"Nak. Tapi, kejap. Sayang nak ambil iPad dalam bilik dulu. Nanti sayang datang semula." Tanpa sempat Firash menahan, kelibat Eva sudah pun hilang.

Menggeleng kecil kepala Firash dengan tingkah sang isteri. Tak lama selepas itu, Eva masuk semula ke dalam bilik kerja Firash dengan memegang iPad yang baru diambil tadi.

Ditarik kerusi yang berhadapan Firash dan diletak di sebelah suaminya. Selepas itu, Eva melabuhkan punggungnya dan beralih memandang Firash lalu mengukirkan senyuman.

Firash hanya melihat sahaja kelakuan isterinya dari awal masuk sehingga duduk di sebelah dia. Menggaru kepala Firash.

"Sayang okay tak ni?" Tanya Firash. Risau pula dia tengok Eva sekarang.

"Okay lah. Apa yang tak okay nya?"

"Takda apa." Setelah itu, mereka berdua diam. Masing-masing membuat kerja.

Firash dengan kerja menyemak dokumen nya. Manakala, Eva melihat design-design baju yang direka oleh pereka dia yang baru dihantar tadi.

Berpaling kepala Firash melihat isterinya di sebelah. Selepas itu, dia menyandarkan badannya di kerusi bagi melepaskan penat. Dia merenung sisi wajah Eva. Terukir senyuman nipis di bibirnya.

Tak dapat dia nafikan. Isterinya memang cantik. Patut lah setiap hari dia jatuh cinta. Lagi-lagi isterinya sekarang mengandung. Bertambah seri lah jadinya.

"Sayang." Panggil Firash. Terus kepala Eva berpaling melihat suaminya. Sebelah alisnya dinaikkan sebagai tanda tanya 'kenapa'.

"Nanti kita berbuka dekat luar. Sayang pakai cantik-cantik tau." Kata Firash.

"Kenapa pula nak berbuka dekat luar?"

"Saja nak dating. Dah lama tak dating berdua. Lagipun, sementara anak-anak dekat rumah ayah dan bonda. Boleh lah kita dating. Kalau ada anak-anak susah."

"Susah apa pula?" Berkerut dahi Eva. Kali ini fokus dia memandang tepat ke arah Firash.

"Susah lah. Sayang tu kalau ada anak-anak. Fokusnya cuma dekat diaorang je. Abang ni sayang langsung tak kisah." Ujar Firash dengan nada seakan merajuk dan berjauh hati.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now