E'V BOUTIQUE
Eva masuk ke dalam butik dengan gembiranya. Senyuman dia cukup lebar kerana..akhirnya dia bebas dari dunia permodelan. Sejak dari dua hari lepas lagi. Itu pun dia perlu bergaduh dengan Encik Azlan dulu. Haha!
"Cik Eva!" Jerit Orkid bila dia melihat majikannya datang ke butik hari ni.
"Hai Orkidddd.." Tegur Eva dengan senyuman dia yang masih lagi tidak kendur.
"Hai. Cik Eva! Betul ke berita pasal Cik Eva dah berhenti jadi model?" Tanya Orkid dengan kelam-kabut. Mana tak nya. Berita tu tengah BOOM sejak dari semalam lagi.
"Yes! I'm quit from being a model." Semangat Eva menjawab. Soal berhenti dia ni pun umi, babah dan Athea sudah tahu. Mereka menyokong keputusan Eva. Umi dan babah memang seronok sangat bila Eva kata mahu meninggalkan dunia permodelan.
"Tapi, kenapa??? Ramai peminat Cik Eva kecewa tau.." Kata Orkid dengan muka sedih.
"Look, Orkid. Saya dah 7 tahun jadi model. Dari awal saya mula karier menjadi model..umi dan babah saya tak pernah setuju. Tapi, diaorang masih lagi beri saya sokongan. Saya tahu diaorang kecewa sangat. Sebab tu lah sekarang ni, saya tinggalkan dunia model untuk umi dan babah saya. Saya dah tak nak tengok umi dan babah saya kecewa. Faham, Orkid?" Eva memberitahu sebab kenapa dia meninggalkan dunia modelnya kepada Orkid. Orkid yang mendengar akan penjelasan itu sudah faham. Kerana dia tahu, Eva ni selalu mendahulukan ibu bapanya dalam semua keputusan.
"Sorry..Cik Eva. Saya tak tahu". Kesal Orkid lalu meminta maaf.
"It's okay. Now, you know." Eva memujuk Orkid. Dia tahu mesti Orkid rasa bersalah.
"Sekarang dah pergi buat kerja awak. Tapi..kena senyum dulu. Cepat senyum. Saya nak selfie masuk dalam instagram ni." Kata Eva dengan dah bersedia untuk menangkap gambar bersama Orkid.
Orkid pun tersenyum sambil memeluk Eva. Mereka membuat gaya laga pipi. Comel je gambar tu.
"Nanti awak tengok dekat story ig saya. Okay? Saya dah tag awak."
"Okay!" Jawab Orkid dengan ceria. Dia menyambung kembali melakukan tugasnya. Eva tersenyum melihat Orkid. Dia dah anggap Orkid ni macam adik dia.
Eva terus berjalan masuk ke dalam biliknya yang ada di butik. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Uhhh empuknya kerusi ni. Tiba-tiba, rasa ngantuk pula. Tapi, tak boleh. Dia kena cari idea untuk design baju sebagai produk baru.
Baru saja dia mahu melukis di atas kertas kosong, tiba-tiba telefonnya berdenting menandakan ada mesej baru. Eva mengambil telefon dan membuka untuk melihat siapa yang menghantar mesej. Ternyata Qais.
Qais cousin crush
Hai Eva.
You free tak nanti waktu lunch?Eva
Hai too.
Free lah juga.
Kenapa? Nak belanja saya lunch ke?Qais cousin crush
Yup. Itupun kalau awak sudi lah.Eva
Gila tak sudi..
Orang nak belanja mesti sudiQais cousin crush
Jadi, nanti jumpa dekat kafe dekat-dekat dengan awak punya butik.Eva
Okay.
See you.Setelah tamat membalas pesanan bersama Qais..dia menyambung semula melukis. Eva pernah belajar sebelum ini di dalam bidang fashion. Sebab itu, dia tahu bagaimana hendak melukis design-design baju ni semua.
Orkid mengetuk pintu bilik pejabat Eva.
'Tok tok tok'
"Masuk." Eva memberi izin untuk masuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...