Tengah seronok-seronok Firash, Eva dan Luthfi bersantai menonton movie kungfu panda 3 di ruang tamu. Tiba-tiba, ada yang mengetuk pintu rumah mereka.
Biasalah hujung minggu. Semalam Luthfi lepas je habis sekolah meminta Sofia untuk hantar pulang ke penthouse Firash. Katanya rindu mommy dengan daddy dia.
Untung juga lah Firash dan Eva selalu pergi rumah keluarga milik Firash. Nak menjenguk Luthfi. Sesibuk apa pun diaorang tetap akan cari masa.
"Siapa tu abang?" Tanya Eva.
"Tak tahu lah. Sayang stay sini dengan Luthfi. Biar abang pergi buka." Arah Firash dan mendapat balasan anggukan dari Eva.
Eva perhati sahaja Firash yang sudah berjalan mendekati pintu utama rumah.
"Mommy. Ciapa datang?" Soal Luthfi bila melihat daddynya sudah bergerak ke pintu utama rumah juga.
"Tak tahu, sayang. Daddy pergi tengok tu." Eva mengusap rambut Luthfi di bahagian hadapan.
Buka sahaja pintu, dapat Firash lihat Thalia yang sedang berdiri di hadapan dengan senyuman manis.
"Hai abang." Belum lagi dijemput masuk. Thalia sudah masuk sendiri.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Firash. Tiada langsung kemesraan dalam nada suaranya.
"Saja. Lia bosan. Itu yang datang sini. Takpe kan?" Tanya Thalia dengan gedik.
"Balik. Aku nak spend time dengan keluarga aku." Arah Firash kasar.
"Alah abang ni tak sporting lah. Dah selalu sangat kot abang spend time dengan keluarga abang. So, why not kalau abang spend time dengan Lia pula."
"Lia. Aku kata kau balik."
Thalia menjulingkan matanya ke atas dan berjalan meninggalkan Firash di hadapan pintu. Dia terdengar ada bunyi tv.
"Thalia!" Laung Firash.
"Hai Luthfi.." Sapa Thalia dengan ceria.
Berpusing kepala Eva memandang gerangan yang memanggil Luthfi. Luthfi pula sudah memeluk Eva dan mengalihkan mukanya dari memandang mak cik badut.
Jelas berkerut dahi Eva dengan kedatangan mak lampir seorang ni. Dia buat apa dekat sini?
Eva memandang pula pemakaian Thalia. Wow. Cukup seksi. Baju ketat. Pendek. Tiada lengan. Nampak ketiak. Nampak paha. Make up tebal. Cukup pakej nak jadi badut dekat sarkas. Itupun kalau ada sarkas yang nak ambil dia ni jadi badut mereka.
"Thalia. Kau keluar sekarang!"
"Chill lah abang."
"Lia.." Eva menegur Firash dan menggelengkan kepalanya.
"See..wife abang ni pun chill je. Abang yang kabut sangat."
Mendengus Firash dan melabuhkan punggung di sebelah Eva. Duduk sahaja, terus tubuh Eva dipeluknya. Langsung tak nak lepas.
Sekarang ni dia tengah marah. Dia nak redakan kemarahan dia dengan memeluk isterinya. Marah dengan sikap Thalia yang takde sopan langsung.
Thalia yang melihat aksi di depan matanya ini menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dia.
"Movie apa ni? Tak best lah. Tukar lah." Dengan selambanya Thalia menukar movie yang sedang ditonton mereka bertiga.
"Mommy..daddy.." Sedih suara Luthfi. Tersebik bibirnya memandang Eva dan Firash.
"Thalia. Jangan nak biadap sangat boleh tak? This is not your house." Tegas Firash.
"Shh..sayang. Come here, hug mommy." Eva memujuk Luthfi yang sedikit lagi akan menangis.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...