Mengeluh Eva menunggu Firash dari tadi. Firash kata nak ambil sesuatu. Hari ini mereka akan pergi ke Genting.
Eva melihat penampilannya di cermin besar yang ada di ruang tamu rumah mereka. Firash menyuruh Eva memakai seluar jeans berwarna hitam, baju t-shirt warna hitam, jacket leather warna hitam dan serba-serbinya semua warna hitam.
Pelik Eva bila Firash menyuruhnya memakai semua warna hitam. Menggaru kepala dia. Lagipun tadi outfit dia ni Firash yang pilih. Nak tak nak dia kena lah pakai.
Tiba-tiba, Eva mendengar bunyi deruman motor di luar rumah. Eva bergegas untuk keluar melihat ada apa.
Dapat Eva lihat yang Firash sedang turun dari motor besar itu dengan membuka helmetnya. Firash memberi senyuman manis Eva yang sedang memandangnya pelik.
"Hai sayang."
"Hai abang. What is this?"
"Superbike."
"Yah I know. But, for what?" Terjungkit satu kening Eva.
"Ride." Mudah sahaja jawapan Firash.
"Ride? Hahahah wait. Hold on. Don't say that you want to take me to Genting on a superbike." Eva mengecilkan matanya merenung wajah Firash.
"Yes, I am. For sure, sayang."
"No! I don't want." Bantah Eva.
"You want it or not. Abang tetap akan bawa sayang naik superbike juga."
"Abanggg..sayang tak pernah naik superbike. Sayang takut." Beritahu Eva jujur.
"You have me, sayang. Don't be afraid, okay?" Kata Firash.
"Kita naik kereta je lah eh? Please abang pleaseee.." Eva menggoyangkan tangan Firash memohon.
"Jalan jem sayang. Sayang kata tak pernah naik kan? So, jom lah. Best tau. Let's go, sayang. Jangan buang masa." Firash menarik tangan Eva mendekati superbike miliknya.
"Abang jap-jap. Ni superbike siapa punya?"
"Abang punya lah."
"Sejak bila abang ada superbike? Sayang tak pernah nampak pun."
"Ada je dalam garaj tu. Cuma abang dah lama tak pakai."
"Abang kita naik kereta je lah eh? Jom-jom naik kereta. Sayang ambil kunci kereta kejap. Abang tunggu sini." Berura-ura Eva mahu masuk ke dalam rumah. Tangannya ditarik Firash lalu didukung naik ke atas superbike.
"Abang! Abang nooo..sayang tak nak." Eva mahu turun dari superbike tapi dihalang Firash.
"Abang ada jangan risau lah." Firash terus memakaikan helmet ke kepala Eva. Eva sudah ke belangkangkan kepalanya tapi, ditarik Firash.
"Abangggg.." Merengek Eva tidak suka.
"Duduk diam-diam. Peluk abang." Arah Firash yang sudah naik ke atas superbike.
"Tak nak." Eva memeluk tubuhnya. Nak protes.
"Okay." Sepatah balasan dari Firash. Menyenget bibirnya. Firash mula menghidupkan enjin superbike dan bergerak.
Tapi, secara tiba-tiba Firash membrek mengejut menyebabkan Eva memeluknya.
"Abang! Eee.." Geram Eva. Baru sahaja Eva mahu meleraikan pelukan tersebut. Firash menarik tangan Eva untuk memeluknya.
"Pegang abang kuat-kuat. Abang nak bawa laju. Abang tak nak isteri abang ni jadi apa-apa." Firash mengeratkan lagi pelukan Eva di pinggangnya.
Mahu atau tidak Eva membiarkan sahaja lah. Kang kalau dia jatuh naya lah. Dah lah dia tak pernah naik superbike.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomansaTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...