F | E : 35

8.5K 259 4
                                    

Sekarang ini, Firash dan Eva berada di dalam kereta. Firash sedang memandu untuk pulang ke penthouse.

Firash melihat Eva yang sudah terlelap di kerusi sebelah. Tangan kanan isterinya digenggam dan dibawa ke bibir. Dia mengucup tangan isterinya beberapa kali dengan lembut.

Sampai sahaja di penthouse, Firash memarkirkan dan mematikan enjin kereta. Setelah itu, dia keluar dan membuka pintu penumpang sebelah tempat Eva dan cuba untuk mengejutkan isterinya.

"Sayang.." Kejut Firash perlahan.

"Sayang..wake up. Kita dah sampai dekat rumah ni."

Masih lagi senyap. Tiada tanda untuk Eva bangun atau terusik dengan Firash. Tak lama itu, Firash menyelitkan tangannya di celah tengkuk dan pelipat kaki Eva untuk didukung.

Perlahan-lahan dan lembut sahaja setiap tingkah dan perbuatannya. Tidak mahu lena isterinya terganggu.

"Penat sangat sayang ni." Dikucup dahi isterinya lembut.

Diletakkan Eva perlahan-lahan di atas katil. Eva sedikit terganggu. Dia merengek. Sesudah itu, dia mengiringkan badannya ke kiri untuk menyelesakan perbaringannya.

Firash menepuk-nepuk bahu isterinya untuk menidurkan semula. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

Dia mengucup dahi Eva kejap dan selepas itu, Firash bangun dari duduknya dan mencapai tuala. Dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri kerana sekejap lagi dah nak masuk waktu maghrib.

Selesai sahaja membersihkan diri, Firash keluar dari bilik mandi dan melihat isterinya yang masih lagi diulit mimpi.

Dia berjalan memasuki closet untuk memakai pakaian yang lebih sopan. Firash memakai baju t-shirt warna kelabu lengan pendek dan berkain pelikat warna hitam corak kotak-kotak.

Setelah itu, Firash membentangkan sejadah di atas lantai dan mula membetulkan diri untuk solat. Sekilas dia memandang Eva.

"Allahuakbar.." Takbir diangkat.

Sesudah itu, Firash memberi salam dan mula menadah kedua tangannya untuk berdoa. Sempat matanya melihat Eva yang masih lagi lena di atas katil. Seperti tidak terganggu langsung dengan keadaan sekitar.

"Aamiin.." Setelah habis berdoa, Firash meraupkan tangannya di permukaan mukanya. Dia mengambil nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya bila dia teringat tentang kejadian petang tadi.

Sungguh dia tak dapat bayangkan kalau terjadi apa-apa pada Eva. Firash bangun dan mengemas sejadah yang digunakannya.

Firash menapak menghampiri isterinya. Dia duduk di sebelah Eva dan membelai sisi wajah Eva dengan lembut. Terukir senyuman kecil di ulas bibirnya.

"Abang tak dapat bayangkan hidup abang macam mana kalau sayang takde. You're the most important person in my life after Luthfi, sayang. I don't wanna lose you. I really, really need you in my life. I need you both. Sayang and Luthfi nyawa abang." Kata Firash perlahan meluah rasa. Lirih sahaja suaranya.

"Sleep well, sayang. I love you so much." Dia mencium sekilas bibir isterinya. Selepas itu, Firash menapak keluar dari bilik tidur mereka dan bergerak menuju ke bilik kerjanya.

Masih lagi ada kerja yang perlu dibuat. Ada email yang perlu di check yang dihantar Kirana petang tadi dan ada juga email yang dihantar Rashidi.

Firash menguak pintu bilik kerjanya dan masuk ke dalam lalu berjalan mendekat ke meja kerjanya. Dia duduk di kerusinya.

Dibuka laptop yang terdapat semua kerja-kerjanya. Banyak email yang masuk. Dia pantas membuka email yang dihantar Rashidi dahulu. Dapat dia lihat banyak gambar-gambar Sarah.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now