Special Chapter : 2

6.2K 234 5
                                    

Meliar mata Firash mencari isterinya. Di ruang tamu tiada, dalam bilik pun tiada. Firash pula baru sahaja selesai menidurkan Luthfi dan Elya.

Tak lama selepas itu, Firash terdengar ada bunyi yang datang dari arah dapur. Firash langsung menghayun kan kakinya bergerak menuju dapur.

Masuk sahaja ke ruang dapur, dapat Firash tengok isterinya yang seperti sedang menggoreng sesuatu.

Masak apa lagi lah isterinya ini. Dah lewat malam. Sejak-sejak akhir ini, dia perasan yang Eva banyak makan. Selalu nak makan macam-macam.

Kadang penat dia nak melayan. Tapi, disebabkan isteri tercinta, haruslah dia melayankan jua. Kalau tidak, merajuk lah cinta hati dia itu.

Perlahan Firash melangkah mendekati Eva. Sampai sahaja di belakang Eva, langsung tubuh Eva dipeluk oleh Firash dari belakang dan dagunya direhatkan di bahu kiri Eva.

Tersentak dan terhinjut sedikit bahu Eva kerana terkejut. Tapi, selepas itu diendahkan sahaja kerana dia tahu siapa gerangan nya.

"Sayang buat apa tu?" Tanya Firash walaupun dia tahu apa yang isterinya lakukan tapi sengaja ingin bertanya sebab nak dengar suara Eva.

"Sidai kain." Seloroh Eva menjawab soalan Firash.

"Ohhh..sidai kain. Bagus lah. Cepat kain-kain tu kering nanti." Perli Firash.

Terletus tawa Eva. Dia tahu suaminya sengaja memulangkan balik perlian dia.

"Abang dah tahu tanya lagi. Ni anak-anak dah tidur ke?"

"Sudah. Tapi, tulah. Mommy anak-anak ni hah yang tengah menggoreng nugget dengan kentang dekat dapur ni. Tak tahu nak tidur agaknya. Dah lewat sayang."

"Sayang lapar." Adu Eva manja. Bibirnya dicebikkan sedikit sambil fokus menggoreng. Sekilas dia melihat suaminya.

"Abang tengok sayang ni selalu dah makan malam. Biasanya tak. Last sayang jadi macam ni 2 tahun lepas. Masa pregnant kan Elya." Kata Firash dengan merenung sisi wajah Eva.

Terhenti segala pergerakan Eva. Kepalanya berpaling merenung wajah Firash. Dia berfikir sekejap.

"Pregnant?" Soal Eva perlahan.

"Hm. Pregnant. Are you pregnant?" Jawab Firash sembari bertanya. Dia tidak lah berharap. Tapi sebelum ini Eva pernah keguguran selepas dua bulan mengandung.

Lagipun masa tu Elya masih lagi 6 bulan semasa Eva mendapat tahu yang dia mengandung anak kedua mereka. Kini, Elya pun sudah menginjak ke usia 2 tahun.

Eva merenung wajah Firash. Dikelipkan matanya beberapa kali.

"Abang happy tak kalau sayang pregnant lagi?" Firash menjentik perlahan dahi Eva. Soalan mengarut. Mengaduh sakit Eva. Dengan lembut Firash mengusap dahi Eva dan dikucup sekilas.

"Of course, I'm happy. Abang lah paling bahagia jika sayang pregnant lagi. Tapi abang tak nak berharap. Abang tak nak sayang sedih macam dulu." Jawab Firash seraya mencium pipi isterinya.

Tersenyum manis Eva mendengar kata-kata dari suaminya. Tangan kanannya naik mengusap pipi Firash sekejap sebelum kembali fokus pada aktiviti goreng nugget dan kentang.

Tak lama selepas itu, suara Firash memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Alang-alang esok sabtu. Kita movie night je lah malam ni." Cadang Firash sambil mengusap perut Eva.

"Boleh. Abang nak tengok movie apa?"

"Abang tak kisah. Action ke horror ke romantik ke. Semua boleh."

"Okay. Kalau macam tu kita tengok horror movie."

**********

F'ZAY HOLDING

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now