Meraba-raba tangan Eva di sebelah. Perlahan Eva membuka matanya dan memastikan ruangan sebelah masih lagi ada orang atau tiada.
Kosong!
Dia bangun dari perbaringannya dan duduk dengan menyandarkan belakang badannya di penyandar katil.
Mana suami dia ni?
Eva melihat langsir di bilik berkibar seperti ada orang di luar bilik. Perlahan Eva turun dari katil dan berjalan menuju pintu gelongsor yang menghubungi ke balkoni di bilik mereka.
Ada seorang lelaki yang bertubuh tegap dengan tidak memakai baju hanya berseluar long pants sahaja sedang berdiri membelakangi Eva.
Tersenyum Eva. Dari belakang pun segak suami kita ni. Suami kita? Tak lah. Suami aku je. Korang nak suami, korang cari sendiri. Eva tak suka kongsi tau. Dia tak suka dengan penyondol. Jangan dia sondol korang guna lembu.
"Abang." Eva memeluk Firash dari belakang. Tangannya dililitkan di pinggang suaminya. Sebelah wajahnya disembamkan di belakang badan Firash.
Tersentak Firash mendengar suara lembut isterinya ini. Dia mengintai sedikit isterinya di belakang.
"Kenapa sayang bangun ni?" Tanya Firash lembut. Tangan dia menindih tangan kecil isterinya.
"Abang takde dekat sebelah."
"Manjanya isteri abang ni."
"Betul. Sayang rasa tak lena tidur sayang kalau abang tak peluk."
"Iya ke?" Saja bertanya. Firash dapat rasa yang Eva mengangguk menjawab pertanyaannya. Terbit senyuman di ulas bibir Firash.
"Abang kenapa tak tidur? Sejuk dekat luar ni." Sempat dia mencium belakang badan tegap Firash.
"Ha gatal. Ingat ya sayang tu pregnant."
"Eleh. Esok-esok abang terkam juga. Jawab soalan sayang lah." Tergeleng kepala Firash.
"Tak boleh tidur. Kalau, dah tahu sejuk kenapa sayang keluar?"
"Sebab suami sayang dekat luar." Firash merenggangkan pelukan Eva di pinggangnya dan membalikkan badan menghadap isterinya.
"MasyaAllah..cantiknya bidadari abang ni." Dahi Eva dicium lama. Dielus lembut pipi isterinya.
"Abang selalu puji sayang." Tutur Eva lembut. Dia menongkatkan dagu di dada suaminya.
"Sayang nak abang puji perempuan lain ke?"
"Berani ke?"
"Tak berani. Dari abang puji perempuan lain. Baik abang puji isteri cantik abang ni. Dapat pahala. Menyenangkan hati isteri." Dikucup puncak hidung Eva.
"Tadi kata sayang gatal. Sekarang ni siapa yang gatal? Asyik cium je dari tadi." Eva menjeling manja.
"Dua-dua gatal." Memicing mata Eva merenung Firash.
"Dasar tak nak mengaku."
"Jom lah masuk. Sejuk angin luar pagi-pagi ni." Ajak Firash.
"Tahu pun. Yang keluar dengan tak pakai baju kenapa? Saja nak tayang body ketul-ketul ni dekat jiran-jiran? Ha?" Tegas suara Eva menyoal.
"Semua orang tidur sayang waktu macam ni. Lagipun, abang tahu sayang mesti marah punya kalau ada perempuan tengok badan abang."
"Tahu pun. Yang buat juga kenapa?"
"Sengaja." Selamba Firash menjawab.
"Sengaja? Abang, eee.." Eva mencubit-cubit perut Firash.
"Sakit sayang..aw aw. Sayang ni sejak-sejak pregnant jadi ketam eh? Asyik nak mencubit je. Abang cubit balik kang."

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...