F | E : 54

7.8K 250 7
                                    

Sudah 2 minggu Eva keluar dari hospital. Semuanya berjalan lancar. Keadaannya juga semakin membaik.

Firash banyak membantu kerja-kerja di rumah. Menjaga Elya lagi. Senang Eva melihatnya. Firash tak pernah sekali merungut.

Luthfi juga turut sama membantu. Kadang balik saja dari sekolah terus dia mencari Elya. Tapi, Eva melarang dari mencium dan memegang adiknya.

Disuruh Luthfi untuk membersihkan dirinya dahulu baru boleh. Segala persiapan dan penjagaannya untuk berpantang turut dijaga sama oleh Firash.

"Sayang. Makan dulu ni sarapan." Kata Firash yang baru masuk ke dalam bilik mereka sambil menatang dulang.

"Abang masak apa hari ni?" Tanya Eva dengan senyuman.

Dia baru lepas memandikan Elya dan menyiapkan Elya. Kalau diri dia, pagi-pagi lagi Firash dah mandikan dan siapkan dia.

"Abang masak sup ikan dan khailan ikan masin. Air pula air suam je. Boleh?" Firash meletakkan dulang makanan tadi di atas meja dan duduk di sebelah Eva.

"Kenapa pula tak boleh? Sedap tu. Terima kasih, abang." Ucap Eva ikhlas sambil mengusap perlahan pipi Firash.

"He'em." Berdehem Firash sambil menjatuhkan kepalanya sekali. Tangannya menindih tangan kecil isterinya yang berada di pipinya.

"Terima kasih dah jadi suami yang baik, suami yang penyayang, suami yang kuat, suami yang setia, suami yang sentiasa membahagiakan isteri, suami yang menyenangkan dan macam-macam lagi. Dan terpaling penting sekali adalah sekarang. Terima kasih dah jaga sayang dalam pantang, uruskan anak-anak, tak merungut, masakkan untuk sayang, kemas rumah..terima kasih sangat-sangat. Banyak ni kalau nak listkan." Ucap Eva panjang lebar.

Syukur dia dikurniakan seorang suami yang sentiasa tahu menjaga isterinya selalu.

Eva mencium pipi Firash lama. Setelah itu, dia tersenyum manis pada Firash dengan menggeselkan hidung bersama hidung Firash.

Tersenyum lebar Firash. Suka.

"Sama-sama, sayang abang. Abang kan superman." Gurau Firash dengan terletus tawa kecil.

"Superman? Seriously, abang?" Membulat mata Eva dengan senyuman lebarnya.

"Tak lah. Abang kan hero sayang. Kena lah selalu ada dengan sayang dan anak-anak. Lagipun, apa yang abang buat ni tak sebanding dengan pengorbanan sayang. Kejap, sayang. I have something for you."

Sempat Firash mencium pipi montel Elya yang sedang baring di atas katil. Kejap lagi nak tidur.

Eva melihat sahaja tingkah suaminya. Firash mengambil sesuatu yang berada di dalam laci solek meja. Selepas itu, Firash menapak kembali mendekati Eva.

"Nah. For you." Firash menghulurkan satu kotak merah kepada Eva.

Eva melihat kotak merah itu dan Firash bersilih ganti.

"For me? Apa ni?" Diambil jua kotak tersebut.

"Tengok lah." Firash melabuhkan punggungnya di sebelah Eva.

Dibuka kotak tersebut dan dapat dilihat ada sekalung rantai dengan loket 'F❤️E'. Bertaut kening Eva kerana tidak memahami.

"F❤️E?" Soal Eva dengan merenung dalam mata suaminya.

"Firash love Eva."

"Tapi, untuk apa rantai ni?" Soal Eva tidak mengerti.

"Tanda terima kasih abang untuk sayang yang dah bertarung nyawa melahirkan si montel ni. Walaupun, abang tahu rantai ni tak seberapa nak dibandingkan dengan rasa sakit tu tapi, abang tetap nak bagi. Sayang anggap je lah macam hadiah. Lagi satu tanda sayang terima Luthfi sebagai anak sayang juga." Ujar Firash sambil mengusap kedua pipi Eva.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now