F | E : 13

8.4K 335 10
                                    

"Dikkkk." Tegur Athea bila melihat Eva yang sedang berdiri di balkoni dengan muka muram. Sejak adiknya balik petang tadi lepas dihantar Firash, wajahnya tiada secalit senyuman yang terlakar di bibir.

"Kak." Eva memberikan senyuman nipis pada kakaknya.

"Adik okay tak?"

"Okay je. Kenapa? Nampak..adik macam tak okay ke?" Tanya Eva dengan merubah riak wajahnya. Cuba untuk berselindung dan tidak memberitahu pada Athea.

"Adik tu adik kakak tau. Kakak tahu sangat bila adik okay, bila adik tak okay. Kakak tahu adik ada masalah. Cerita dengan kakak."

Eva mengemam bibir dan dia memalingkan wajah dari renungan kakaknya. Dia susah nak menipu kalau dengan Athea. Pasti Athea akan dapat menghidu bau penipuan dia.

"Takde lah. Adik okay je kak." Eva cuba untuk menafikan lagi.

"Gaduh dengan Firash?" Tebak Athea. Athea dapat melihat wajah Eva berubah selepas dia menyebut nama Firash. Eva berdehem dan meneutralkan kembali wajahnya.

"Mana adalah..adik okay. Ni adik masuk bilik dulu. Ngantuk lah." Eva berpura-pura menguap. Padahal, dia nak larikan diri. Eva terus berjalan mendekati biliknya dan masuk ke dalam.

Athea hanya melihat pemergian adiknya melalui renungan mata. Dia yakin mesti ada sesuatu yang adiknya sembunyikan dari dia. Lagi-lagi tadi bila dia sebut nama Firash..wajah adiknya sudah bertukar riak.

Masuk saja ke dalam bilik, Eva berjalan mendekati katilnya. Dia melabuhkan duduk di birai katil dan mencapai iPhone nya. Dapat dia lihat banyak chat yang masuk dari Firash. Dia malas nak layan Firash. Eva rasa dah masanya untuk dia lupakan tentang Firash.

Lepas saja Firash berkata begitu pada dia petang tadi, terus dia diam tidak bercakap walau sepatah pun dengan Firash. Sampai di depan rumahnya, Eva terus keluar. Ucap terima kasih pun tidak. Biarlah! Hati dia tengah sakit.

Tiba-tiba, telefon Eva berdering memanggilnya untuk diangkat. Eva melihat nama yang tertera terus Eva mematikan telefon. Sekali lagi, telefon berdering dan Eva langsung menekan butang off. Biar lantak sana.

"Dah ada perempuan lain tu..tak payah lah cari aku. Sibuk je. Nak bagi aku harapan ke apa? Eeee..benci, benci, benci. I hate you, Tengku Firash Zayden!!!" Jerit Eva geram dengan Firash. Selepas itu, dia terus menekup wajahnya di bantal. Lepas ni dia dah tak nak jumpa Firash. Lepastu, nanti mesti Luthfi pun dah ada mommy baru..huahhhhhhhh!!!

Makin meraung Eva dibuatnya. Habis kakinya menyepak-nyepak ke atas dengan membayangkan dia tengah menyepak Firash sampai tergolek.

                            **********

Firash melepaskan keluhan. Banyak kali dia cuba untuk membuat panggilan pada Eva. Tapi, semuanya masuk mailbox. Chat dari dia pun Eva tak baca.

Terpejam erat matanya. Nampaknya dia dah buat Eva kecewa. Masa dia hantar Eva pulang pun gadis itu tidak bercakap dengannya dari taman sampai lah di depan rumah Eva. Eva terus saja menonong keluar tanpa mengucapkan terima kasih atau memberi salam.

Rindu Firash rasakan sekarang bila tidak melihat wajah Eva yang ceria dan mendengar suara Eva.

"Yow, bro." Tegur Azriq.

Firash mengangkat wajahnya memandang Azriq yang sudah pun duduk di hadapannya.

"Kau pahal? Aku tengok kau seperti sedang bermuram durjana. Kenapa wahai kakanda ku?" Firash menaikkan satu alisnya dan merenung wajah Azriq dengan jelek. Dah kenapa pula mamat ni?

"Tak payah nak bermuram durjana sangat. Ni si Qais mana?"

"Aku tinggalkan dia dekat kereta. Banyak songeh pula mamat tu." Mereka lagi berada di kedai mamak. Qais lah mengajak lepak.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now