Mereka sekarang lagi bergerak ke hotel tempat di mana Eva dan Firash akan bersanding pada malam ini.
Selepas sahaja bersarapan bersama tadi, mereka bersiap-siap untuk ke hotel pula. Keluarga Firash memang sudah berada di sana kerana mereka menginap di hotel tersebut.
"Abang tahu tak?" Tanya Eva dengan menghadap ke arah Firash.
"Tak tahu." Selamba Firash balas. Eva dah membuat muka jelek.
"Eee..tak feel betul lah. Kita baru nak bagitahu dia. Tak jadi lah bagitahu." Geram Eva dan terus memusingkan badan menghadap hadapan.
Tersengih Firash. Saja je dia nak menyakat. Firash mengambil tangan kanan Eva dan dipegang. Belakang tangan Eva dikucupnya berkali-kali. Eva hanya buat tidak tahu sahaja.
"Sayang merajuk dengan abang ke?"
"Takde masa nak merajuk."
"Ya ke?"
"Hmm."
"I'm sorry, okay? So, tell me. Apa yang sayang nak cakap tadi." Firash menghadap badannya ke arah isterinya. Lagipun, lampu isyarat tengah merah.
"Dah malas nak bagitahu." Eva cuba menarik tangannya dari dipegang suaminya. Tapi, tak boleh. Firash tidak mahu melepaskan.
"Bagitahu lah..abang nak gurau je tadi. Jangan lah merajuk. Nanti abang belikan choki-choki. Nak?" Menjuling mata Eva ke atas. Choki-choki dia nak guna untuk pujuk aku? Aku ingat nak bagi gelang emas ke handbag Gucci ke.
"Okay fine. Pasal tanda ni."
"Kenapa dengan tanda tu?" Firash mula memandu bila lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Tangan Eva masih lagi dipegang.
"Umi dengan kakak perasan. Habis sayang kena usik dengan diaorang tadi. Untung takde Aulia dengan Qaseh je. Kalau, ada lagi lah. Memang teruk sayang kena." Beritahu Eva manja dengan mencebik bibirnya. Dia membuat muka konon-konon sedih pada Firash.
Firash memandang wajah isterinya sekilas dan tersenyum dia bila melihat cebikkan isterinya. Comel!
"Cian isteri abang. Nanti sampai hotel abang tambah lagi." Gurau Firash. Eva sudah menjeling Firash di sebelah.
Ingatkan nak pujuk ke apa. Rupanya nak ditambah lagi tanda ni. Eva memukul bahu suaminya lembut. Ini pun dia kena cover pakai foundation.
"Eee abang ni." Eva menarik tangan Firash yang berada di genggaman nya dan mencium belakang tangan suaminya dengan penuh kasih. Siap ada bekas lipstick lagi.
"You are mine!" Kata Eva dengan menunjukkan kesan lipstick itu di hadapan Firash.
"And you are mine too." Firash mencuit puncak hidung isterinya. Tersenyum manis mereka berdua.
Bahagia!
Sampai di hotel, Firash memarkirkan keretanya dan mereka berdua keluar dari kereta Audi RS7 Firash.
Firash menghulurkan tangannya dan disambut oleh Eva. Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan. Masuk ke dalam lobi hotel, dapat mereka melihat yang lain sudah ada di situ.
"Mommyyyy! Daddyyyy!" Jerit Luthfi memanggil Firash dan Eva bila dia melihat kedua orang tuanya.
"Shayang mommy!" Eva mahu berlari mendapatkan Luthfi, dia tersentak sebab tangannya digenggam Firash.
"Lepaslah..saya nak peluk anak ni." Pinta Eva dengan perlahan.
"Buat apa peluk anak? Peluk aku. Lagi best. Puas pun puas. Bukan setakat peluk je. Boleh lebih-lebih." Kata Firash perlahan dengan menaikkan kedua-dua alisnya.

YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...