F | E : 14

10.8K 408 2
                                        

Selepas seminggu dari kejadian meluahkan perasaan. Eva malu hendak berjumpa dengan Firash. Setiap kali Firash ajak jumpa mesti dia mengelak dan memberi bermacam-macam alasan.

Hari ini, dia kena jumpa dengan Firash. Itu pun kerana Luthfi. Luthfi menelefonnya pagi tadi menggunakan telefon Firash. Merengek mahukan dia. Sejak dari hari tu juga, hubungan Eva dan Luthfi semakin dekat. Mereka berdua menjadi rapat. Tentang Firash mengajaknya berkahwin..dia masih lagi belum memberi jawapan.

"Mommy.." Panggil Luthfi dengan riang bila dia melihat kelibat Eva yang sedang keluar dari rumah. Berlari Luthfi mendapatkan Eva.

"Jangan lari, Luth. Nanti jatuh." Tegur Eva dengan lembut.

"Rindu, mommyyyy.." Kata Luthfi yang mendongak memandang seraut wajah Eva. Eva yang mendengar sudah tersenyum manis. Eva duduk menyamai paras dengan Luthfi.

"Mommy pun rindu sangat dengan anak mommy ni." Eva menggosok lembut rambut Luthfi dan memberi ciuman pada pipi kiri Luthfi.

Firash yang melihat adegan di depan matanya ini sudah tersenyum senang. Dia bahagia sangat sekarang. Kedatangan Eva dalam hidupnya banyak merubah diri dia.

"Takkan mommy rindu dan cium anak je? Daddy pun nak jugak." Firash sekarang dah pandai nak mengada-ngada dengan Eva. Eva sudah menjeling wajah Firash yang tersenyum padanya.

'Eee..boleh tak dia tu jangan senyum? Tak tahu ke senyuman dia tu manis sangat? Cair dah aku ni. Ni kalau perempuan lain tengok..memang aku korek biji mata diaorang.' Getus hati Eva. Geram pula bila dia membayangkan Firash senyum pada perempuan lain.

"Mengada lah awak ni. Dah jom." Ajak Eva yang sudah bangun dari tinggungannya. Dia memegang tangan kecil Luthfi untuk masuk ke dalam kereta. Firash hanya melihat saja Eva dan anaknya berjalan menuju masuk ke dalam kereta.

"Awak ni ada berapa banyak kereta sebenarnya ni?" Masuk saja Firash ke dalam kereta. Dia sudah ditanya soalan begitu.

"Ada 5 je. Tak banyak mana pun." Balas Firash yang mula untuk memandu. Dia memandang wajah Eva sekilas dan wajah anaknya dari cermin pandang belakang sekilas.

"Awak ada kereta apa je?" Tanya Eva lagi.

"Aku ada kereta BMW, RR, Mercedes, Ford Mustang dan Audi." Jawab Firash yang sedang fokus pada pemanduannya.

"Ohhh. Awak pakai semua lah?"

"Pakai semua lah. Tapi, kalau RR ni jarang. Biasa pakai kalau nak balik kampung ke atau saja-saja bila dah rasa lama sangat tak bawa."

Eva meng'oh'kan saja dan dia baru teringat sesuatu. Eva memandang sisi wajah Firash.

'Hensem.' Puji Eva dalam hatinya. Sempat lagi kau ya.

"Saya baru perasan. Kereta-kereta awak ni semua warna hitam. Asal eh?"

"Simple. My favourite colour." Kata Firash yang sudah mengalihkan pandangan memandang wajah cantik Eva. Mereka lagi berhenti di lampu isyarat.

Mereka memandang mata satu sama lain. Dalam dan tenggelam tak timbul-timbul. Lemas agaknya. Tiba-tiba, kereta belakang membunyikan hon. Tersentak mereka berdua. Cepat-cepat mereka berdua membetulkan kedudukan. Firash menurunkan handbrake dan mula memandu. Eva pula sudah mengemam bibirnya dan membuang pandangan ke luar tingkap. Malu!

Eva dan Firash terdengar Luthfi sedang mengetawakan mereka. Firash memandang anaknya sekilas dari pantulan cermin dan Eva sudah memusingkan kepala melihat Luthfi langsung. Dia mengecilkan mata. Geram pula dia dengan budak kecil ni.

Akhirnya mereka sampai jua di ioi city mall setelah memandu selama 45 minit. Mereka keluar dari kereta selepas Firash sudah memarkirkannya. Mereka bertiga berjalan sambil berpegangan tangan. Luthfi di tengah dan tangan kirinya dipegang oleh Firash, tangan kanannya pula dipegang oleh Eva. Mereka nampak seperti satu keluarga yang bahagia.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang