F | E : 43

9.4K 290 7
                                        

Cemberut wajah Eva dari tadi. Tiada langsung senyuman di bibirnya. Sekarang ni dia merajuk dengan Firash. Siapa suruh tak belikan dia donut coklat dan cheese kek yang dia minta.

Ha sekarang ni hadap lah perangai angin monsun aku ni.

Firash perhati sahaja kerenah isterinya sekarang. Dia rasa serba salah sebab terlupa dengan pesanan isterinya.

Untung kepala aku tak kena penggal tadi. Kalau tak dah arwah aku ni. Seram nak dibayangkan.

Firash masih lagi memandu keretanya menuju ke pejabatnya. Tadi pun payah juga dia nak memujuk Eva untuk ikut. Semua gara-gara donut coklat dan cheese kek.

Berpeluk tubuh Eva dan duduk merapat dengan pintu. Pandangannya juga dipandang ke arah luar. Tak nak tengok suami dia. Walaupun dari tadi mata dia gatal nak pandang Firash. Tiba-tiba dia nampak Firash hensem.

"Sayang. Jom. Dah sampai ni." Ajak Firash selepas memarkirkan kereta.

"Tak nak." Dingin suara Eva.

"Jom lah. Abang ada suprise untuk sayang tau."

"Yalah tu."

"Betul. Jom lah ikut abang."

"Sayang cakap tak nak tu tak nak lah." Protes Eva.

"Yakin tak nak?"

"Hm."

"Kalau macam tu, donut coklat dengan cheese kek yang abang suruh Kirana beli tadi nanti abang makan sendiri lah." Kata Firash mengintai wajah Eva.

Eva yang mendegar donut coklat dan cheese kek itu sudah berubah riak wajahnya. Bersinar terus. Tapi, dia masih kekalkan dengan riak beku. Konon tak terkesan.

"Eleh. Abang tipu je tu. Ingat sayang percaya?"

"Tak nak percaya sudah. Abang keluar dulu. Nak makan donut dengan kek. Bye-bye." Melulu Firash keluar dari keretanya dan meninggalkan isterinya yang sudah merenungnya dengan rasa tidak percaya.

"Dia tinggalkan aku? Tak nak pujuk langsung ke? Dulu bukan main pujuk kalau aku merajuk. Sekarang ini dah tak. Mentang-mentang lah aku mengandung. Dah gemuk. Terus tak nak layan. Eee..menyampahnya!!" Omel Eva geram.

Eva melangkah keluar dari kereta suaminya dan berjalan masuk ke dalam bangunan megah itu. Dapat dia lihat ada Kirana yang seperti sedang menunggunya.

"Che puan." Sapa Kirana mesra.

"Rana. Awak buat apa dekat sini? Tengku kan dah naik."

"Tengku suruh saya tunggu che puan. Kalau-kalau che puan keluar dari kereta." Jawab Kirana sopan.

"Oh. Jom lah." Mereka berdua terus bergerak mendekati lif yang dikhaskan hanya untuk VVIP.

Setelah pintu lif terbuka, Eva dan Kirana melangkah masuk ke dalam. Ditekan tombol nombor ke tingkat 22.

"Kirana." Seru Eva.

"Ya, saya."

"Tengku ada scandal ke?" Terbatuk Kirana dibuatnya bila dengar soalan Eva.

"S..scandal? Mana ada che puan."

"Awak jangan tipu saya."

"Sumpah takde che puan. Tengku elok duduk dekat pejabat buat kerja. Bila waktu balik, dia balik lah rumah jumpa che puan." Kata Kirana.

"Oh. Saya tahu awak tipu saya..saya sumpah awak jadi katak." Pintu lif dibuka sesaat selepas Eva berkata begitu.

Eva melangkah keluar dari lif dan berjalan menuju ke ruang suaminya. Terpinga-pinga Kirana di belakang. Perlahan dia juga turut keluar dari lif.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang