F | E : 21

8K 270 1
                                    

F'ZAY HOLDING

'Tok tok tok'

"Masuk." Kirana membuka pintu dan masuk ke dalam bilik pejabat Firash setelah mendapat izin.

Firash mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia memberi senyuman nipis pada Kirana.

"Yes, Rana?"

"Ni Tengku. Fail yang Tengku minta tadi. Lagi satu Tengku..congratulations for your engagement. Tak sangka dalam diam Tengku dengan Cik Eva." Kata Kirana mengucapkan tahniah pada Firash dan meletakkan fail yang ada di tangannya di atas meja kerja Firash.

Firash hanya membalas dengan senyuman dan mengambil fail yang diletakkan Kirana tadi.

"Luthfi okay ke dengan Cik Eva?" Tanya Kirana ingin tahu.

"Alhamdulillah, dia okay. Siap dah panggil mommy lagi." Jawab Firash tenang.

"Hmm..lepas ni Luth lupa lah dengan daddy dia ni hah. Dah ada mommy baru." Sakat Kirana. Dia suka tengok Firash yang sekarang. Suka senyum. Kalau tidak..muka tu ketat je.

"Memang pun..masa majlis tunang tu mana nak dekat saya. Berkepit dengan Eva je lah." Beritahu Firash jujur. Dia teringat lagi waktu tu. Memang Luthfi langsung tak nak lepas dari Eva. Mana Eva pergi mesti Luthfi ikut.

"Cik Eva pula boleh terima Luthfi?"

"Alhamdulillah, dia terima. Dia layan Luthfi baik sangat."

"Tengku pilih Cik Eva bukan semata-mata sebab Luthfi je kan?"

"Tak. InshaAllah tak. Saya ikhlas terima dia dan nak ambil dia jadi isteri saya."

"Maknanya, Tengku memang sayang lah kan dengan Cik Eva?" Kirana mengecilkan mata dan senyum senget memandang Firash. Keningnya juga diangkat beberapa kali.

"Yah for sure. You can see how happy I am right now. Not just me but, Luthfi too. Eva has brought happiness and color to both of our lives." Penuh bahagia Firash memberitahu pada Kirana. Haihh rindu pulak dengan tunang nakal dia tu.

"Yes, I can see it in your eyes. Finally, you found your happiness. I'm happy for you, Tengku." Kata Kirana dengan senyuman manis. Dia pun turut tumpang bahagia buat majikannya merangkap kawannya.

"Thanks, Rana." Firash membalas senyuman Kirana.

"Kalau, macam tu..saya keluar dulu. Tengku ada nak apa-apa ke?" Tanya Kirana.

"Boleh juga. Awak buat kan saya kopi."

"Siap, Tengku. Saya buatkan sekarang juga. Special for you. Ehhh..kejap-kejap. Sebelum saya lupa..esok Tengku ada appoiment untuk fitting baju nikah dan sanding dengan Cik Eva sekali." Selepas itu, Kirana terus keluar dari bilik pejabat Firash untuk membuat air kopi yang diminta.

Cakap pasal Eva, Firash jadi rindu pada tunangnya itu. Selepas sahaja majlis tunang mereka, Firash tidak berjumpa lagi dengan Eva. Dah seminggu lebih mereka tidak bertemu. Tersenyum Firash bila esok dia akan berjumpa dengan Eva. Angau dah ke wahai Tengku Firash Zayden?

                            **********

Aulia memarkirkan keretanya bila menemui kotak parking yang kosong. Dia mematikan enjin keretanya dan keluar dari kereta dengan tergesa-gesa. Sempat dia menekan punat kunci kereta.

Dia berjalan dengan laju masuk ke dalam sebuah kafe. Aulia sudah berjanji dengan seseorang untuk lunch bersama. Sekarang dia dah lambat 10 minit.

Masuk sahaja ke dalam kafe, dapat dia lihat Azriq yang sedang duduk di hujung kafe bermain dengan telefonnya. Dia berjalan mendekati Azriq dengan laju.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now