F | E : 39

8.1K 283 2
                                    

"Good morning everybadehhh.." Ucap Harez ceria. Tak tahu lah kenapa dia gembira sangat pagi ni.

"Good morning, along." Balas Sofia.

Harez melihat semua orang yang ada di meja makan. Rasanya ada kurang ni. Siapa takde eh? Oh. Firash dengan Eva.

"Rash dengan Eva mana? Takkan tidur lagi? Buat projek ke malam tadi?"

"Tidur lagi lah tu. Biarlah diaorang." Jawab bonda.

"Projek apa along? Malam-malam pun bekerja ke?" Berkerut dahi Sofia.

"Projek bercucuk tanam."

"Hah? Angah nak buat projek tanam pokok ke?" Polos Sofia.

Bonda dan Anisa sudah mengemam bibir menahan ketawa. Polos betul si Sofia ni. Tapi, bagus juga. Tak payah lah dia tahu.

"Ha'ah. Nak buat projek tanam pokok jagung, pokok durian, pokok rambutan dan macam-macam lagi." Jawab ayah.

"Bertanam sampai menjadi."

"Jadi apa?" Tanya Sofia lagi.

"Sampai jadi hasil. Keluar pokok." Seloroh Harez.

"Hah? Tak faham." Kata Sofia perlahan dengan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak payah faham lah Fi. Ni hal orang dah kahwin je." Menyampuk bonda.

"Apa ni? Tadi cucuk tanam pastu sampai jadi pokok. Now, hal orang kahwin pula." Terjuih bibir Sofia. Dia nak tahu juga tapi, bonda kata tak payah. Akur jelah.

"Good morning." Semua yang berada di meja makan langsung memalingkan kepala memandang figura yang menyapa mereka.

Ternyata Eva dan Firash.

"Ha! Baru turun. Malam tadi buat apa? Ehem ke?" Biul punya Harez.

"Banyak lah kau. Tak buat. Kitaorang penat."

Merona merah wajah Eva tika ini. Boleh pula suami dia menjawab macam tu. Cepat-cepat Eva duduk di sebelah Luthfi yang selera makan cereal.

"Good morning anak mommy."

"Good morning too mommy."

Tersenyum manis Eva pada Luthfi dan mencium sisi kepala Luthfi. Dia membelai lembut rambut Luthfi dengan penuh kasih.

"Pagi tadi bonda ada dengar bunyi kereta. Siapa keluar? Rash ke?" Tanya bonda.

"Hmm."

"Pergi mana?"

"Menantu bonda ni lah. Pagi-pagi buta nak makanan masam. Habis satu kedai diborongnya." Jawab Firash sambil memandang isterinya sekilas.

"Patut lah bonda tengok banyak makanan masam dekat peti ais."

"Pagi-pagi nak makan masam?" Menyampuk ayah pula.

"Ha'ah ayah. Tiba-tiba je tekak ni terasa nak makan yang masam-masam." Kata Eva lembut.

"Pelik. Kamu pernah macam ni juga ke?"

"Tak pernah lagi. Biasanya elok je."

"Pastu ada teringin benda-benda lain?" Mencelah bonda.

"Takde. Baru kali ni je. Kenapa bonda, ayah?"

"Takde apa. Biasa lah tu. Rash..siap sedia ya." Nasihat bonda dengan senyuman manis.

"Siap apa ni?" Kerut dahi Firash.

"Siap untuk bertempur sama dengan along kamu melayan kerenah isteri."

Anisa sudah memahami jadinya dia mengangguk sahaja. Terbit senyuman di bibirnya. Nampaknya dia ada kawan kali ni.

"Pelik lah bonda ni. Tiba bertempur. Macam nak pergi perang." Kata Harez.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now