Hari ini adalah majlis pertunangan antara Eva dan Firash. Eva lagi di dalam bilik sedang di make-up kan oleh mak andam yang diupah.
Selepas siap di make-up kan, Eva berdiri di hadapan cermin dengan memakai baju kurung Pahang berwarna soft purple. Dia melihat penampilannya.
Rasa tidak percaya yang sekejap lagi dia akan bertunang. Eva meremas kedua tangannya untuk menghilangkan rasa gementar.
"Kau okay tak ni?" Tanya Qaseh pada Eva yang nampak gementar.
"Aku okay. Tapi, aku nervous lah." Eva menarik nafas dan lepas. Cuba untuk bertenang.
"Rilek lah beb. Baru tunang. Belum nikah lagi. Takde first night, jangan risau." Kata Aulia selamba sambil duduk bersila atas katil dan makan roti.
"Aku rasa kan Lia..kau ni dah lama tak makan selipar." Tersengih Aulia dengan menunjukkan gigi dia yang tersusun cantik pada Qaseh.
"Tak payah gaduh lah. Aku tengah nervous ni. Tangan pun dah rasa berpeluh." Mencelah Eva dengan menggosokkan kedua-dua tangannya.
Tiba-tiba, pintu bilik Eva diketuk. Terpancul lah seorang Athea membuka pintu bilik dengan memberi senyuman manis. Dia masuk ke dalam bilik dan terus berjalan mendekati ke arah adiknya.
"Adik okay tak? Dah ready?" Tanya Athea dengan lembut.
"InshaAllah adik okay dan adik ready."
"Rilek. Baru tunang. Dah, jom turun. Pihak lelaki dah sampai." Mendengarkan tentang itu membuatkan hati Eva menjadi lagi gemuruh.
"Wehhhh..kau tercegat apa lagi? Jom lah. Nak jadi patung cendana ke?" Tegur Aulia bila dia lihat Eva tidak bergerak walau selangkah.
"Ha? Ahhh..okay jom." Terpejam mata Eva buat seketika dan dia membuka matanya bila dirasakan sudah rasa bertenang sedikit. Dia mula berjalan mendekati kakaknya dan dua orang sahabatnya.
Semua mata tertumpu ke arah keempat-empat gadis yang sedang menuruni tangga. Mereka terpegun dengan kecantikan yang ada pada keempat gadis tersebut.
Qais dan Azriq sudah bersinar mata melihat Qaseh dan Aulia yang ada di belakang Eva dan Athea. Mereka berdua masing-masing memuji gadis kesayangan mereka.
Eva duduk di pelamin yang sudah siap dipasang semalam yang berada di tengah ruang. Dapat Eva lihat banyak mata yang memandang ke arahnya. Eva memberi senyuman manis kepada Anisa bila mata mereka bertembung. Anisa turut membalas senyuman itu.
Secara tak sengaja Eva melihat ada Thalia yang duduk di belakang Anisa. Thalia menjeling Eva. Eva hanya beriak biasa dan senyuman masih kekal di wajahnya.
Bonda datang mendekati Eva dan duduk di sebelah. Eva memberi senyuman manis pada bonda. Bonda mengambil cincin di dalam bekas cincin yang dihulurkan Anisa lalu disarungkan ke jari manis Eva.
Eva menyalam dan mencium kekura tangan bonda dengan penuh hormat. Angkat sahaja wajah, dahi Eva dicium bonda dan kedua-dua belah pipinya juga dicium bonda.
"Terima kasih pilih anak bonda." Kata bonda dengan perlahan dan tersenyum manis kepada Eva.
"Sama-sama, aunty."
"No aunty. Panggil bonda." Suruh bonda dengan lembut.
Selepas itu, terdengar suara jurukamera menyuruh untuk bergambar. Selesai bergambar kedua-dua pihak, Firash mula melangkah masuk bersama dengan Luthfi yang memegang tangan daddynya.
"Mommy!!" Menjerit Luthfi memanggil Eva bila dia melihat Eva yang sedang bersembang dengan Qaseh dan Aulia.
Eva memusingkan badan dan dia tersenyum manis. Dia menjatuhkan lutut ke lantai dan mendepakan tangannya menyuruh untuk Luthfi masuk ke dalam pelukan.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...