F | E : 23

8.5K 287 3
                                    

Eva melihat sebelah. Firash lagi sedang memandu dengan tenangnya. Sekarang mereka berdua mahu ke restoran untuk makan tengah hari dahulu sebelum ke butik untuk fitting baju nikah dan sanding mereka berdua.

Urat-urat yang timbul di tangan Firash dipandang dalam. Wuuu..menarik!

Seksi!

Eva pandang dengan pandangan yang cukup nakal. Firash perasan akan renungan Eva pada urat-urat di tangannya. Dia tersenyum sinis melihat itu.

"Seksi sangat ke urat tangan aku ni? Tergoda?" Tanya Firash yang masih lagi fokus memandu. Mengusik!

Eva tersentak mendengar suara Firash bertanya padanya. Dia cuba mengekalkan riak biasa walaupun dah malu sangat sebab dah terkantoi. Eva berdehem sebelum bersuara.

"Mana ada. Perasan je. Dah lah macam wayar." Balas Eva dengan memandang ke arah luar tingkap. Dia tahu mesti wajahnya dah memerah.

"Yalah tu tak tergoda." Usik Firash lagi.

"Tak."

Firash memberhentikan kereta bila lampu isyarat berwarna merah. Dia memandang Eva yang masih lagi tunak melihat luar. Tersenyum kecil Firash.

"Saya tahu lah yang saya ni cantik. Jangan pandang lama sangat. Nanti tergoda. Silap-silap kejap lagi awak bawa saya pergi jumpa tok kadi terus." Eva mengalihkan pandangannya memandang Firash yang turut merenungnya juga. Dia memberi senyuman menggoda pada Firash. Saja!

Firash membalas renungan Eva dalam. Dia merenung wajah cantik Eva dari mata sampai ke bibir. Selepas itu, dia mendekatkan wajahnya dengan Eva. Eva sudah berundur ke belakang. Firash semakin menghimpit Eva hingga Eva merapat ke pintu.

"Cantik." Komen Firash dengan suara dingin.

Dia duduk di tempatnya seperti biasa dengan senyuman sinis. Eva membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat Firash dengan mata terkebil-kebil.

Eva berdehem dan membetulkan duduknya semula. Dia membuang pandangan ke luar. Eeee..dia tak nak tengok Firash. Malu!

Kereta mula dipandu semula oleh Firash bila lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Firash membelok ke simpang kanan dan kereta bergerak secara perlahan.

Firash memarkirkan keretanya di kotak parking yang tersedia kosong. Eva membuka tali pinggang terbelit di badannya. Dia langsung keluar meninggalkan Firash yang sudah terpinga-pinga sebab kena tinggal. Cepat-cepat Firash membuka tali pinggang dan keluar dari kereta.

"Tunggu aku boleh tak?" Tangan Eva ditarik perlahan. Terberhenti langkah Eva.

"Apa ni tarik-tarik? Tak boleh lagi lah pegang-pegang." Eva menarik semula tangannya dari genggaman Firash.

"Ohhh yang ni pegang tak boleh. Habis tadi yang kau peluk aku tu? Boleh lah?" Soal Firash dengan merenung wajah Eva yang sudah memerah.

Terkulat-kulat Eva di situ. Dia menggigit sedikit bibirnya kerana malu. Tapi, bukan sengaja dia peluk.

"Itu darurat." Jawab Eva dengan nada perlahan.

"Darurat? Ohhhh..faham." Terangguk-angguk kepala Firash yang masih lagi tunak memandang wajah Eva. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

"Dah lah jom. Berdiri dekat luar buat apa. Aku dah lapar ni. Jangan sampai aku makan kau. Darurat juga." Selamba Firash dan dia berjalan menonong meninggalkan Eva yang sudah terpinga-pinga mendengar kata-kata Firash tadi.

Eva mengejar langkah besar Firash dengan berjalan laju. Eee..dah tahu kaki tu besar boleh tak jalan perlahan sikit? Mentang-mentang ada kaki panjang. Jangan sampai aku potong bagi pendek.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now