"Babah." Seru Eva perlahan. Dia berjalan mendekati babah yang sedang duduk di pangkin belakang rumah yang tengah mengasah parang.
"Adik. Hati-hati." Babah lekas bangun dan meletakkan parangnya ke tepi untuk membantu Eva.
"Buat apa?" Tanya Eva bila dia sudah melabuhkan punggungnya di atas pangkin.
"Asah parang ni hah. Dah tumpul. Adik kenapa keluar?"
"Saja. Dah lama adik tak duduk berbual dengan babah dekat sini. Rindu babah." Luah Eva.
"Adik macam mana lepas jadi isteri? Firash layan adik elok tak?"
"Alhamdulillah babah dah serahkan adik pada lelaki yang betul. Dia sama macam babah. Suka manjakan adik. Sayang adik. Tak pernah penat pun layan kerenah adik ni." Beritahu Eva dengan tersenyum manis.
"Alhamdulillah. Lega babah dengar. Babah nampak dari cara layanan dia pada adik. Babah bersyukur sangat sebab adik dapat suami macam Firash. Tenang je babah tengok bila dia layan semua kerenah adik. Babah dengan umi takut je."
"Takut kenapa?"
"Takut lah. Kalau, anak-anak perempuan babah ni dapat suami yang tak bertanggungjawab. Tapi, Firash dengan Hafizi lain. Diaorang layan anak-anak perempuan babah ni elok. Cara mendidik pun bagus. Babah nampak adik dah lebih matang dari dulu."
"Terima kasih babah sebab percayakan pilihan adik. Babah dari dulu sokong adik. Adik nak minta maaf. Adik tahu babah tak suka pun masa adik pilih kerjaya jadi model. Tapi, babah redha kan juga. Babah tetap sokong." Ucap Eva ikhlas.
"Takkan lah babah nak marah. Babah cuma mampu berdoa supaya adik sentiasa dilindungi, diberi kebaikan dan adik berubah."
"Terima kasih, babah. Sayang babah." Eva memeluk babah dari tepi. Babah membalas pelukan Eva dengan memeluk bahu.
"Sembang berdua je. Tak ajak kakak pun." Muncung bibir Athea.
"Sibuk lah kau, kak."
"Ish dia ni. Babah, nanti teman kakak beli cendol depan tu boleh?"
"Kenapa tak suruh Fizi je teman?"
"Tak nak lah. Kesian dia penat. Itu pun tengah tidur. Dah lah tadi kakak baru lepas kenakan dia." Tergelak Athea bila mengingat yang dia mengenakan Hafizi dengan memberi cicak getah.
Kelam-kabut Hafizi berlari. Yang dia dah bantai gelak dekat belakang. Seronok mengenakan suaminya.
"Nak ikut. Tapi, nanti kaki adik bengkak. Mula lah tu nanti membebel. Kesian juga dekat dia yang setiap malam kena urut kaki adik." Menjuih bibir Eva.
"Kau duduk je lah rumah. Kau cakap je nak apa. Nanti aku dengan babah belikan. Aku beli, babah bayar." Seloroh Athea.
"Banyak lah kamu. Kamu beli tapi, babah yang kena keluarkan duit?"
"Sesekali. Bukan selalu. Kan dik?"
"Tak. Sepatutnya kau lah keluarkan duit. Ini babah pula. Kejam lah kau jadi anak."
"Ewah kau. Jom babah."
"Jom lah. Ni adik masuk dalam. Nanti Rash cari pula."
Athea membantu Eva bangun dan memimpin adiknya untuk masuk ke dalam rumah.
"Kau nak apa dik?"
"Nak cendol pulut, pisang goreng dengan kuih talam berlauk. Tu je. Oh lagi satu, nak air kelapa muda."
"Dah?"
"Emm..dah."
"Kalau, dah jom kak. Adik pergi masuk. Tak elok duduk sorang dekat luar." Arah babah.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...