Wajah Eva sekarang jangan dikata. Mulut muncung, muka masam, bahu kendur dan semuanya lah. Sedih dia yang dah nak balik ke KL. Kalau, boleh tak nak balik!!
Umi meniru membuat wajah seperti Eva. Hidung pula sengaja dikembang-kempiskan. Athea yang melihat wajah uminya sudah menahan ketawa. Biasa kalau anak nak balik..ibu diaorang akan sedih. Tapi, umi tak. Lagi diejek macam umi sekarang ni lah. Hahahahah.
"Umiiii.." Bertambah cemberut muka Eva bila umi mengejek mukanya. Siap pakej gelak besar sampai pegang perut wohh.
Babah sama macam Athea. Menahan ketawa. Selepas beberapa minit babah melihat umi masih lagi seronok ketawa dan tidak tahu bila nak berhentinya maka, babah mula bersuara. Sebelum itu, babah mendehem sekejap membetulkan kotak suaranya. Nak buat suara ala-ala Shah Rukh Khan. Eceh!
"Adik dah. Biarkan je umi ni. Bila ditengok kan ni memang dah teruk sangat. Tak dapat nak diselamatkan. Umi kamu dah hanyut dalam gelak tawa kelakarnya sendiri. Tengok-tengok..sampai terduduk atas tangga. Entah apa yang lawak sangat pun tak tahu lah." Kata babah dan matanya masih tunak memandang isterinya yang sudah terduduk di tangga. Ni kejap lagi ada berguling pula.
"Takpe lah kalau macam tu. Umi gelak lah puas-puas ya. Sebelum kamu digelakkan pula." Eva menyalam tangan babah dan Athea. Umi yang mendengar ayat itu langsung terhenti gelaknya dan bingkas bangun.
"Aik umi? Tiba-tiba berhenti pahal? Gelak lah lagi." Arah Athea menyuruh uminya ketawa lagi.
"Umi tak nak. Nanti ada yang gelakkan umi puas-puas." Kata umi.
Babah, Athea dan Eva sudah menahan tawa mereka dari terkeluar. Selepas itu, Eva menyalam tangan umi pula. Dia meminta diri dahulu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta Mercedes-AMG A45. Dia menurunkan handbrake dan berlalu keluar dari perkarangan rumah tersebut. Eva menekan hon dan melambaikan tangannya.
Babah, umi dan Athea melambai semula dan melihat sehingga kelibat kereta Eva menghilang. Selepas itu, mereka langsung masuk ke dalam rumah.
Eva memasang radio mendengar lagu. Dia membuka siaran Sinar FM. Buka saja terus keluar lagu 'Let's Kill This Love' by Blackpink. Dia pulak memang peminat Blackpink. Memang riuh lah kereta tu dengan suara nyanyian dia. Nasib suara tu merdu. Kalau, suara macam burung gagak..tak dapat dibayangkan.
Jarak perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 3 jam 26 minit. Setelah memandu hampir-hampir 2 jam tanpa berhenti..akhirnya, Eva memberhentikan keretanya di r&r terdekat untuk melepaskan penat. Dia keluar dari perut kereta dan menuju ke tandas. Sempat dia mengunci kereta dahulu.
Selepas ke tandas, dia pergi pula ke gerai-gerai yang menjual. Dia ingin membeli gula-gula atau benda-benda masam untuk dimakan dalam kereta supaya dapat menghilangkan rasa ngantuknya kerana ada lagi 1 jam lebih perjalanan.
Siap memborong..Eva kembali semula ke keretanya berserta dengan barang-barang yang dibeli. Dia menekan punat unlock. Eva masuk ke dalam kereta dan menutup kembali pintu. Eva menghidupkan enjin kereta dan menyalakan aircond kerana cuaca pada hari ini sangat panas. Dia membuka plastik jeruk pelam yang dibeli tadi dan mengambil satu langsung dimasukkan ke dalam mulutnya. Eva memang pencinta jeruk ya.
Setelah lebih kurang 30 minit berhenti dan berehat, Eva meneruskan perjalanannya kembali. Dia memandu keluar dari kawasan r&r itu.
Tiba-tiba, telefon Eva berdering. Eva mengambil iPhone 13 pro max nya diletakkan di tepi. Ternyata Qaseh. Dia mengangkat panggilan itu.
Eva
Assalamualaikum.Qaseh
Waalaikumussalam.
Beb, kau kat mana?
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...