F | E : 9

8.6K 344 5
                                    

Lima hari bekerja sudah berlalu dan sekarang adalah hari rehat iaitu hujung minggu. Bangun saja dari tidur, dapat Eva lihat langit sudah pun cerah. Dia mencapai telefon di atas meja kecil tepi katil. Dia mahu melihat sudah jam berapa.

Terus bangun terduduk Eva di atas katil. Pukul 9! Ahhh macam mana dia boleh tidur balik? Lepas solat subuh tadi..dia tertidur semula sebab kepenatan.

Hari ini, dia kena pergi rumah mak mertua Anisa. Aduhhh.. Eva terus turun dari katil dan berlari masuk ke closet untuk mencari pakaian yang sopan untuk dipakai nanti. Eva mencapai sepasang baju kurung moden ala peplum bercorak bunga-bunga kecil dengan warna pink, purple dan putih.

Dia meletakkan baju tersebut di atas katil. Tak payah gosok sebab baju tu memang dah digosok lepas je orang dobi hantar. Eva keluar pula dari biliknya dan menuju ke dapur untuk memanaskan sandwinch sayur dan sandwinch ayam yang dibuat malam tadi. Lepas je siap-siap semalam dia terus masukkan sandwinch ni dalam peti ais. Itu yang nak panaskan semula.

Selepas siap semua tugasnya di dapur..dia naik kembali masuk ke dalam biliknya dan mencapai tuala di gantungan, dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah 30 minit di dalam, dia keluar hanya berkemban dan memakai baju kurung yang diletakkan di atas katil tadi.

Eva pergi ke hadapan cermin dan duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Dia mula untuk make-up dan membuat rambut. Siap je semuanya. Dia mencapai handbag Dior berwarna putih dan memasukkan semua barang peribadinya ke dalam handbag.

Dia menuruni setiap anak tangan dengan berhati-hati dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil sandwinch yang telah dia letakkan di dalam bekas.

Perlu lah dia membawa apa-apa buah tangan. Takkan nak pergi dengan tangan kosong je kan? Tak elok lah pulak. Nampak tak sopan.

Setelah mengunci pintu rumahnya, Eva berjalan mendekati kereta dan membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam. Dia mula menghidupkan enjin kereta. Dengan bismillah, Eva bergerak memandu menuju ke destinasinya pergi ke rumah mak mertua Anisa. Let's go! Yuhuuu!

Selepas 35 minit memandu dari rumahnya ke rumah mak mertua Anisa akhirnya dia sampai jua dengan selamat tanpa sedikit kecederaan pun. Alhamdulillah! Dia membawa kereta tadi dengan penuh berhemah ya.

Dapat saja dia memarkirkan kereta, dia mula melangkah keluar dengan membetulkan bajunya. Dia melihat sekali lagi di kaca cermin untuk memeriksa sama ada make-up nya okay atau tidak tak pun rambutnya dah serabai.

Setelah itu, baru dia bergerak menuju ke pintu masuk. Eva sudah merasa tidak sedap hati ya sejak dari tadi. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi, dia dapat rasa seperti akan jadinya sesuatu. Dia berdoa agar semuanya baik-baik saja.

Eva menekan loceng yang berada di tepi. Dia menarik nafas dan lepas. Dia cuba untuk bertenang. Selepas 3 kali dia menekan loceng..akhirnya terbuka juga pintu ni. Dapat dia lihat wajah Anisa yang sudah tersenyum manis kepadanya.

"Weiiii sampai juga kau. Aku ingat kau tak datang tadi." Kata Anisa dengan penuh teruja.

"Sampai lah..dah mak mertua kau jemput. Memang sampai hati sangat lah kalau aku tak datang. Tahu?" Ucap Eva selepas mereka melepaskan pelukan.

"Bagus, bagus. Maknanya kau dengar kata aku. Hehe." Anisa tersengih kecil.

"Mommyyyyy!!!" Luthfi terus berlari mendapatkan Eva dan memeluk pinggang Eva. Bila dia nampak je Eva tadi terus wajahnya gembira. Yeayyy mommy dia datang.

"Eh? Mommy? Siapa mommy?" Tanya Anisa pelik dan lagi pelik bila tengok Luthfi memeluk Eva.

"Ni lah mommy Luth, mama. Yang Luth cerita dekat mama ayitu.." Kata Luthfi yang sudah melepaskan pelukan di pinggang Eva dan mendongak memandang wajah Eva.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now