"Haih..bosan lah. Apa aku nak buat eh?" Gumam Eva sendirian. Dia melihat jam yang tergantung di dinding.
Baru pukul 4:30. Ada lagi setengah jam sebelum Firash pulang. Luthfi pula tiada di rumah. Biasanya waktu-waktu macam ni dia dengan Luthfi tengah buat kek lah, tengok drama sama-sama dan bermacam lagi aktiviti yang dilakukan.
Tapi, sekarang ni Luthfi tiada. Eva jadi mati kutu. Dia tak tahu nak buat apa. Kemas rumah dah. Masak dah. Basuh baju dah. Sidai baju dah. Lipat kain pun dah.
Apa lagi yang dia nak buat. Sekarang ini Eva lagi berbaring di atas sofa. Kepala ke bawah dan kaki di atas. Televisyen terbuka tapi, tidak menarik perhatian Eva langsung.
Tiada cerita yang seronok. Dah bermacam-macam siaran dia tukar. Satu pun tak dapat tarik perhatian dia untuk tengok.
Tiba-tiba, Eva mendapat satu idea. Terus Eva bangun dari baringannya tadi. Dia membuka youtube di televisyen dan memasang lagu 'Klepek-klepek' by Hesty.
Eva mengambil mikrofon dan dia membuat konsert di dalam rumah. Nasib takde lampu lap lip macam disko tu je. Kalau, tak memang betul-betul jadi konsert.
Cintaku klepek-klepek sama dia
Sayangku klepek-klepek sama dia
Oh, cintaku klepek-klepek sama dia
Sayangku klepek-klepek sama diaBeginilah kalau sedang jatuh cinta
Mata ngantuk jadi melotot
Teleponan, bicara yayang-yayangan
Pulsa habis jadi pengen nangisCintaku klepek-klepek sama dia
Sayangku klepek-klepek sama dia
Oh, cintaku klepek-klepek sama dia
Sayangku klepek-klepek sama diaBeginilah kalau sedang mabuk cinta
Siang-malam terbayang wajahnya
Beginilah kalau sedang mabuk cinta
Biar jauh terasa adaSeronok Eva menyanyi sampai tak sedar langsung yang diri dia diperhati oleh seseorang dari tadi.
Firash menyandarkan badannya di dinding sambil melihat lenggok isterinya yang sedang menari dan menyanyi itu.
Berkerut dahi Firash mendengarkan setiap bait lirik lagu yang dinyayikan isterinya itu. Kerepek-kerepek? Ada ke lagu kerepek-kerepek? Hampir-hampir kening dia nak bercantum.
Firash mengambil remote yang terletak di atas sofa dan menutup lagu itu. Terbehenti Eva dari menari. Eva memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang berani menutup lagu tersebut.
Lihat sahaja Firash yang sedang berdiri itu. Laju Eva berlari dan memeluk Firash. Nasib tak terjatuh ke belakang.
"Abang! Eee..rindunya." Kata Eva sambil mencium-cium dada suaminya berkali-kali. Sesekali dia menghidu bau wangi Firash.
"Sayang. Slow-slow boleh tak? Jatuh tadi macam mana? Bukan abang nak lari pun." Tegas suara Firash. Dia risau tadi kalau-kalau jatuh.
"Tak jatuh pun kan? So, relax lah." Selamba Eva menjawab.
"Bila abang sampai ni? Asal sayang tak dengar bunyi kereta abang?" Sambung Eva lagi.
"Baru sampai. Macam mana nak dengar? Dah kalau lagu yang sayang pasang tu kuat sangat. Lagu pun kerepek-kerepek."
Ternganga Eva mendengar. Kerepek-kerepek dia kata lagu tu. Tergelak besar Eva.
"Bukan kerepek-kerepek lah. Klepek-klepek lah. Baru betul." Jawab Eva dengan membetulkan nama lagu itu. Dia masih lagi ketawa.
"Whatever. Takde lagu lain ke sayang nak pasang?"
"No! Lagu ni best tau. Jom abang menari sekali dengan sayang." Eva langsung merebut remote yang berada di tangan Firash. Dia memasang kembali lagu tersebut.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
Roman d'amourTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...