F | E : 53

8K 234 5
                                    

"Abang." Panggil Eva yang melihat Firash baru keluar dari tandas.

"Ya, sayang." Sahut Firash.

"Bila dorang nak sampai ni? Baby pun bila nak datangnya? Sayang tak sabar nak tengok baby. Semalam sayang lupa nak tanya abang. Rupa baby ikut siapa? Abang dah daftar nama baby belum?" Banyak betul pertanyaan Eva pagi ni.

"Diaorang kejap lagi sampai lah. Baby tadi abang dah inform dekat nurse. Nanti nurse bawa sini. Abang dah daftarkan nama baby pagi-pagi lagi lepas solat subuh tadi." Beritahu Firash sambil melangkah merapat pada Eva.

"Baby ikut muka siapa?" Soal Eva lagi bila Firash tidak menjawab soalannya yang ini.

"Cuba teka."

"Alah malas lah nak main teka-teka." Muncung mulut Eva.

"Teka lah. Kalau, dapat teka abang bagi hadiah. Sayang cakap je nak apa."

"Betul ni?" Firash mengangguk.

"Okay. Baby mesti ikut muka.." Jeda Eva sebentar sambil membuat gaya berfikir dengan mengetuk jarinya beberapa kali di dagu.

Firash yang melihatkan tingkah isterinya sudah tersenyum lucu. Comel!

"Muka sayang. Betul tak?" Duga Eva dengan riak wajah yang teruja.

"Ye ke? Mana tahu?" Saja Firash nak berdolak-dalih.

"Abang suruh teka, sayang teka lah. Betul kan?"

"Iya betul. Baby cantik sangat macam sayang. Masa kali pertama abang tengok baby. MasyaAllah..comel, putih, gebu, pipi montel. Geram abang." Ujar Firash dengan senyuman manis.

"Iya ke? Alahhh tak sabarnya nak tengok baby. Memang cantik macam sayang lah? Sebiji macam sayang cantik baby?"

"Iya..baby cantik sama macam mommy dia ni." Dicubit lembut pipi Eva.

"Berapa berat baby masa keluar?"

"2.9kg."

"Uhh. Berat juga. Sikit lagi nak 3kg."

"Sayang tak kisah ke baby keluar awal sebulan?"

"Tak. Yang penting baby sihat dan selamat. Itu dah cukup bagi sayang."

"Terima kasih sayang sebab lahirkan Elya untuk abang. Abang tak tahu nak balas pengorbanan sayang yang besar ni." Ucap Firash ikhlas.

Matanya redup merenung ke dalam mata Eva. Seperti sedang meluahkan segala perasaannya yang sedang terbuku di dalam hati.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba ada yang memberi salam.

Mereka berdua mengalihkan pandangan memandang gerangan yang masuk ke dalam bilik wad ini.

Ternyata ada seorang nurse yang sedang menolak troli bayi. Bersinar mata Eva melihat anaknya.

"Waalaikumussalam. Baby mommy."

"Ni anak Tengku dengan che puan. Sekarang masa bagi susu. Saya tinggalkan baby dulu ya? Nanti saya datang semula untuk ambil." Kata nurse perempuan tersebut.

"Terima kasih, nurse." Ucap Eva. Hanya mendapat balasan anggukan dan senyuman sahaja.

Setelah itu, nurse itu berlalu keluar dari bilik wad vvip tersebut.

"Abang. Sayang nak pegang baby." Pinta Eva dengan riak wajah yang sungguh ceria.

"Kejap abang ambil baby." Firash bangkit dari labuhannya dan berjalan mendekati troli baby.

Perlahan diangkat Elya dibawa ke dalam dukungannya. Firash membawa Elya mendekat pada Eva. Eva sudah bersedia untuk menyambut anaknya.

"Assalamualaikum mommy..tengok anak kita sayang. Cantik kan?" Ujar Firash lembut.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now