F | E : 24

8.9K 310 5
                                    

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu sekali. Akhirnya, Firash dan Eva akan disatukan dalam satu ikatan yang sah.

Eva sedang di make-up kan oleh seorang mak andam. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin.

"Okay, done. You cantik sangat, Eva." Kata Sally atau nama sebenar Salleh. Ya..dah kalau nama Sally memang gaya dia sotong lah. Eva tersengih.

"I biasa je Sally. But, thank you." Sally ni merupakan make up artist yang boleh dikatakan selalu juga lah make up kan Eva bila Eva ada job model di Malaysia dahulu.

"Nooo! You tak biasa tapi, you luar biasa. Walaupun, I cuma make up you biasa-biasa je nampak sangat menyerlah seri you tu. I yang begini-begini pun boleh jatuh suka dengan you apa lagi Tengku Firash tu hah. Tak sangka kan you kahwin dengan jutawan muda tu." Ucap Sally panjang dengan lenggoknya. Qaseh hanya menggeleng sahaja.

"Amboi you, Sally. Ni kalau dengar Tengku Firash mahu you tu kena tumbuk dengan dia nanti. Ada hati nak rembat orang punya." Sakat Aulia dengan menyenggol lengan Sally. Sengaja!

"Eee! You ni kan, Aulia. Muka je cantik tapi, mulut boleh tahan longkang."

"Ewah ewah..sesedap tom yam je kau kata mulut aku macam longkang. Kalau aku longkang, kau tu kumbahan taik. Huh!" Terus Aulia melarikan diri bila dia lihat Sally maju ke depan untuk memukulnya.

Walaupun, Sally macam sotong tapi, kalau dia pukul..boleh tahan woh. Jangan main-main. Ini Sally..tengok kuku lerrr.

"Tahu takut. Ha lari lah lari. Aku rembat satgi memang rata bontot kau."

Qaseh dan Eva sudah ketawa. Sally dengan Aulia memang tak boleh berjumpa. Ada je lah benda nak digaduhkan.

"Adik. Are you ready?" Datang Athea tiba-tiba. Terhinjut bahu Eva. Dia memandang Athea dengan pelik.

"Ready ke tidak ni?" Tanya Athea sekali lagi.

"Ready..for what?" Soal Eva dengan muka berkerut.

"Lahhh kau ni. Blur. Ready ke tidak nak jadi isteri ni? Firash dah sampai tu." Kata Athea. Membulat mata Eva mendengar ayat Athea.

"Kau serius lah kak? Wehhh..aku tak nak." Ucap Eva kelam-kabut.

"Kepala hotak kau tak nak. Cepat lah." Qaseh menarik tangan Eva untuk keluar dari bilik.

"Weh weh sabar lah. Bagi lah aku jalan elok-elok. Jangan heret aku."

"Lia mana?" Athea melihat tiada kelibat si budak kepoh seorang itu. Agak kurang rasanya.

"Budak tu dah lari. Tadi hampir kena tibai dengan Sally. Suka sangat bergaduh dua orang tu." Jawab Qaseh.

"Jom turun. Kau dah ready belum dik?"

Eva menarik nafas dalam dan dia melepaskan secara perlahan. Cuba untuk menenangkan hatinya.

"Ready. Jom. Tapi, aku nervousss."

Athea mengenggam tangan Eva erat. Menenangkan Eva yang sedang gemuruh. Qaseh di belakang memegang veil Eva yang menyeret.

Mereka turun dari tangga dengan berhati-hati. Dapat Eva lihat sudah ramai yang sedang duduk dan memandang ke arahnya. Semakin gementar dia rasa. Dia mengenggam tangan kakaknya dengan lebih erat.

"Tarik nafas, lepas. Bertenang." Ucap Athea bisik. Athea dan Qaseh menghantar Eva di pelamin yang terhias indah yang berada di ruang tamu.

Sampai di pelamin, Eva melabuhkan duduk di atas kerusi. Athea dan Qaseh meninggalkan dia duduk seorang diri di situ. Firash memandang Eva sekejap.

'Cantik.' Getus hati Firash.

Hati dia dah berdegup. Walaupun ini perkahwinan kedua bagi dia, Firash tetap merasa gementar.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now