F | E : 40

8.6K 317 16
                                    

Ralit Firash memandang wajah isterinya yang sedang memakaikannya tali leher. Tangan tu pun tak reti duduk diam. Cuit sana, cuit sini. Pegang sana, pegang sini.

Sebelah tangan memegang sisi pinggang ramping isterinya dan sebelah lagi membelai pipi Eva. Tak puas dia menatap wajah isterinya.

"Abang..ya Allah. Dari tadi lah dia ni." Geram Eva. Ada ke patut Firash mencungkil lubang hidung dia.

"Lubang hidung sayang ni comel sangat. Sebab tu jadi pujaan hati abang selalu." Tersengih Firash.

"Apa-apa jelah. Dah siap." Eva menepuk-nepuk perlahan bahu lebar suaminya bagai mahu menghilangkan habuk-habuk di situ.

"Siap dah? Alahhh..cepatnya." Tercebik bibir Firash.

"Eee..sejak bila abang pandai cebik-cebik bibir ni? Comel lah." Dicubit-cubit kedua pipi suaminya dengan geram.

"Kalau, abang comel. Nak kiss." Firash menyuakan pipi kanannya.

Tersimpul senyuman di bibir Eva. Dia mencium pipi Firash.

"Sebelah lagi sayang."

Dipegang kedua pipi Firash dan dicium pipi kiri dan bibir Firash. Tersenyum Firash dalam ciuman tersebut. Dia membalas ciuman isterinya dengan lembut.

"Thanks for the morning kiss, sayang." Berbisik Firash di hadapan wajah Eva. Dilekapkan dahi mereka bersama.

"Your welcome, husbaby." Eva menggeselkan hidung mereka.

"Apa? Husbaby?"

"Ha'ah. Husbaby."

"Why husbaby?" Soal Firash dengan dinaikkan sedikit kedua alisnya.

"Sebab abang selalu panggil sayang dengan panggilan baby. Jadi, sayang panggil abang, husbaby lah. Suami kepada baby." Eva menunjukkan dirinya bila dia menggelarkan dirinya sebagai baby.

"Yalah baby abang." Dicium ubun-ubun isterinya.

"Jom. Luthfi mesti dah tunggu kita." Ditarik tangan Firash untuk keluar dari bilik.

Sampai sahaja di ruang makan, dapat Eva dan Firash lihat ada Luthfi yang sedang duduk makan.

"Good morning. Sorry mommy dengan daddy lambat turun." Dikucup puncak kepala Luthfi dengan sayang.

"It's okay. Mommy, daddy. Nanti makcu nak datang sini ambil Luth bawa pergi cekolah. Sekali dengan Apish. Oleh tak?" Tanya Luthfi meminta izin.

"Boleh sayang. Bila maksu call Luth?"

"Tadi. Makcu dah otw pun."

"Hati-hati nanti ikut maksu. Dengar kata maksu." Pesan Firash dengan membelai puncak kepala Luthfi.

Tiba-tiba, mereka terdengar ada bunyi ketukan pintu dan ada orang memberi salam.

"Fi ke? Baru cakap tadi takkan dah sampai? Laju betul." Getus Eva perlahan.

"Biar abang pergi buka."

"Takpe. Abang duduk je makan. Biar sayang pergi buka."

Lekas Eva berjalan meninggalkan Firash yang mula ingin bersuara lagi. Pintu utama dikuak dari dalam. Tersenyum Eva melihat figura adik iparnya ini.

"Hai kak." Tegur Sofia ceria.

"Hai. Ambil Luth?" Sofia mengangguk.

"Hati-hati tau bawa Luth. Mana Apis?"

"Ada dalam kereta. Fi suruh tunggu. Kak ngah plan macam mana malam ni?" Berbisik Sofia bertanya tentang suprise yang Eva ingin buat untuk Firash.

"Don't worry. Settle."

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now