F | E : 16

10.3K 362 3
                                        

Sudah beberapa hari Firash tidak contact dia. Bila Eva call pasti masuk peti simpanan suara. Eva chat pun hanya seen sahaja. Sekarang Eva jadi keliru dengan sikap Firash. Merajuk ke? Marah ke? Tapi, sebab apa?

Sepatutnya, hari ni mereka dah berjanji untuk keluar sama. Nak shopping barang hantaran. Alih-alih Eva pergi sendiri. Sekarang Eva berada di mall berjalan sendiri mencari barang hantaran sendiri.

Dari tadi dia call Firash tapi, tidak berangkat. Mesej dia pun tidak dibaca seperti biasa. Mengeluh Eva.

"Dia betul-betul serius nak tunang dengan aku ke tidak? Dah lah aku call tak nak jawab. Mesej pun tak nak balas." Kata Eva sendirian.

Tiba-tiba, telefon Eva mendapat panggilan. Cepat-cepat Eva melihat gerangan yang menelefonnya. Dia fikir Firash ternyata Anisa. Kecewa.

Eva
Assalamualaikum.
Haa asal?

Anisa
Waalaikumussalam.
Nak call dah tak boleh ke?
Ni asal suara kau lemau semacam?

Eva
Takde apa lah.

Anisa
Rindu Rash ke?

Eva
Waste my time.

Anisa
Konon waste my time. Padahal muka dah macam lembu tertelan batu.

Eva
Banyak lah kau lembu.

Anisa
Cuba kau pandang belakang.

Eva
Buat apa? Aku malas.

Anisa
Pandang lah.

Eva memusingkan badan dan dia melihat Anisa yang dah berdiri di depannya sambil tersenyum. Terus Eva mematikan panggilan.

"Suprise!" Teruja suara Anisa sebab suprise dia dah menjadi.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Eva pelik bila ada Anisa yang muncul tiba-tiba. Dia ni nujum pak belalang ke?

"Firash suruh aku teman kau. Lagipun dia takde kat sini." Beritahu Anisa yang sudah membelek-belek perfume.

"Takde dekat sini? Maksud kau?" Berkerut dahi Eva mendengar yang Anisa kata Firash tiada di sini.

"Maksud aku..Firash pergi Brunei. Ada urusan dekat sana. Kau tak tahu ke?" Pelik Anisa bila Eva tidak tahu yang Firash sudah ke Brunei.

Eva menggeleng kepala. Dia sungguh tidak tahu kepergian Firash ke Brunei.

"Bila dia pergi?" Tanya Eva lagi. Dia mahu tahu.

"Dah..dua hari Rash dekat sana. Dia tak bagitahu kau apa-apa ke?" Perlahan Anisa bertanya lagi-lagi bila dia melihat wajah muram Eva. Sah! Mesti Firash tak bercakap.

Eva hanya diam dan dia terus mencari lagi perfume untuk hantaran. Pasal Firash tu..nanti lah dia fikirkan. Anisa pun turut diam.

"Kau datang sini nak teman aku kan? Sekali cari barang untuk hantaran kitaorang nanti?" Eva bersuara setelah lama berdiam. Keluar dari kedai perfume itu juga dia masih diam. Anisa juga ikut diam.

"Hah? Ha'ah. Nanti boleh lah kita exchange kan?" Beritahu Anisa yang terkejut dengar suara Eva tiba-tiba.

"Hmm." Hari ini tiada mood langsung. Nak melawak pun tiada mood. Nak makan..tapi, tiada selera. Dia hanya pandang sahaja semua makanan.

"Eva. Memang..Rash langsung tak bercakap ke dia nak pergi Brunei?"

"Sepatah haram takde. Aku call dia tak angkat. Aku chat pun dia cuma seen je. Kau takde nampak dia pelik ke dalam 2 ke 3 hari ni?"

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang