F | E : 12

8.8K 346 5
                                    

Selepas habis saja makan di kedai itu. Firash membawanya pula ke sini. Pelik Eva jadinya bila Firash mengajak untuk masuk ke dalam kedai yang menjual barang-barang lukisan. Dia memandang ke arah Firash dengan menaikkan kedua alisnya meminta jawapan.

"Kau kata kau dapat inspirasi untuk design baju baru. So, here we are. Just take it what you want. Takut nanti kau balik, hilang semua inspirasi tu." Kata Firash dengan riak wajah yang seperti malas nak layan Eva. Kalau, malas dia takkan bawa Eva sampai sini.

"What? Awak nak saya melukis sekarang ke?" Tanya Eva meminta kepastian. Matanya sudah melilau memandang sekitar kedai.

"Boleh je. Tiba-tiba aku rasa nak tengok kau melukis design baju baru tu." Selepas itu, Firash terus berjalan menjauhi Eva yang terpinga-pinga di situ.

Eva menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia turutkan juga bila Firash menyuruh mengambil barang-barang yang digunakan nanti untuk melukis. Dia mengambil pensil, sharpener, pemadam, sketch book dan pensil warna.

Firash hanya mengekori langkah Eva sedari tadi secara senyap. Dia melihat apa yang Eva ambil. Pusing saja badan ke belakang..ternaik sedikit bahu Eva kerana terkejut dengan kewujudan seketul Firash di belakangnya.

"Awak memang ada dekat belakang saya dari tadi ke?" Tanya Eva yang masih lagi menggosok dadanya perlahan sambil mata tunak memandang wajah Firash.

"Hmm." Pendek je Firash balas.

"Hmm..hmm..hmm. Hish! Dasar mulut emas." Geram Eva jadinya dengan si Firash ni. Rasa nak gigit-gigit je bibir tu. Eh? Astaghfirullah!

Mendengar akan kata-kata itu, Firash sudah tersenyum kecil dengan matanya masih lagi merenung wajah geram Eva. Sudah memerah kulit muka Eva. Cantik! Rasa macam nak cubit-cubit. Haa bagus! Sorang gigit, sorang cubit.

"Itu je ke barangnya? Takde nak ambil yang lain?"

"Ini je lah. Banyak-banyak buat apa? Dekat rumah saya tu dah ada baaaaanyak barang." Eva berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Baru saja Eva mahu mengeluarkan dompetnya dari dalam handbag. Dia sudah ditahan oleh Firash.

"It's okay. On me."

"Eh takpelah. Lagipun ni barang saya."

"Tapi, aku yang bawa kau ke sini. Dah, kau simpan je duit kau yang tak seberapa tu." Ternganga mulut Eva mendengar kata-kata selamba dari Firash. Eva mengundur ke belakang dengan membuat muka jelek pada Firash.

"Dia kata duit aku tak seberapa? Kurang asam keping betul dia ni." Gumam Eva sendirian dengan perlahan.

Selesai membuat pembayaran, Firash mengambil plastik yang berisi barang-barang yang diambil Eva tadi. Dia menghulurkan plastik itu di depan wajah Eva.

Terkebelakang sedikit kepala Eva. Dia merenung wajah Firash dengan ekor matanya. Ini nak bagi ke menumbuk aku. Eva menyambut jua huluran Firash.

"Terima kasih. Awak nak pergi mana lepas ni?"

"Hmm..pergi taman?"

"Taman? For..what?"

"Relaxing.." Terhenti kata-kata Firash bila tiba-tiba ada suara perempuan yang mencelah.

"Eva!"

"Kakkkk. Hai Abang Fizi." Eva melambaikan tangan pada Athea dan Hafizi. Firash memusingkan badan ke belakang melihat dua figura tersebut.

"Haiii..budak." Usik Hafizi. Sebab dia tahu Eva tak suka dia panggil dengan panggilan seperti itu. Mencebik bibir Eva tidak suka.

"Bukan budak lah..dah besar okay?" Eva menyilangkan tangan di dadanya.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now