Special Chapter : 6

9.6K 274 21
                                    

Pejam celik-pejam celik. Ada lagi 5 hari sebelum berakhirnya puasa dan berlalunya bulan ramadhan iaitu bulan yang suci bagi umat Islam di seluruh dunia.

Sedih? Confirm lah sedih. Setahun sekali je. Hmm.

Hari ini, Firash mengambil cuti untuk keluar bersama dengan isteri dan anak-anak mereka untuk membeli barang buat persiapan raya.

Baju?

Awal-awal lagi Eva dah siapkan semua. Baju dia dan Elya direka oleh Eva sendiri dan dijahit sendiri. Bagi baju Melayu Firash dan Luthfi, Eva beli di Elrah Exclusive. Senang!

"Abang, bekas kuih ni cantik tak?" Tanya Eva pada Firash.

Dia dari tadi dok membelek bekas-bekas kuih di situ. Tak tahu nak pilih yang mana. Rambang mata. Semua cantik. Design dia pun exclusive and classic.

"Yang ini cantik." Firash menunjuk bekas yang dipegang Eva di tangan kanan.

"Tapi, sayang rasa yang ni lagi cantik. Sayang pilih yang ini lah." Cantas Eva dan memilih bekas kuih yang dipegang di tangan kirinya.

Eva berpusing dan meninggalkan Firash yang terpinga-pinga di situ.

"Dah tahu yang itu cantik, kenapa tanya aku?" Gumam Firash perlahan pada dirinya sendiri.

Isteri lah, isteri.

"Dah. Jom kita cari barang lain pula." Ajak Eva setelah membayar bekas kuih tadi.

Semangat Eva untuk mencari dan membeli barang raya. Gila tak semangat. Nak kikis duit suami ni.

Tengah elok berjalan, Eva menarik Firash melencong masuk ke dalam kedai yang menjual langsir.

"Cantiknya langsir ni. Abang. Langsir ni cantik kan?" Teruja Eva bertanya.

"Errr.." Terdiam seketika Firash. Dia berfikir sekejap.

'Tadi aku kata bekas kuih tadi cantik, dia kata tak cantik. Kalau macam tu aku pilih lain. Kalau pilih yang dia pegang tu, elok satgi dia boleh kata tak cantik pula.' Getus hati Firash.

"Yang ini lawa, sayang. Corak dia pun menyerlah. Lip lap lip lap gitu. Baru namanya raya." Ujar Firash dengan senang.

Kononya pilihan dia tu tadi dah terpaling tepat. Tapi, salah.

"Takda taste lah abang ni. Entah apa-apa pilihannya." Selamba Eva berkata begitu.

Ternganga dua saat Firash dibuatnya bila mendengar bidasan pedas dari Eva. Haih. Kena lagi. Baik aku diam je. Dia pun dah tahu aku takda taste dalam bab ni. Pergi tanya lagi buat apa.

Satu hari itu, mereka satu keluarga pusing di dalam mall membeli segala barang persiapan raya. Ke hulur dan ke hilir mengikut Eva. Bila Eva ke kanan, Firash, Luthfi dan Elya akan ikut ke kanan. Bila ke kiri, begitu juga lah mereka.

**********

"Bonda." Lembut suara Eva memanggil bonda yang berada di dapur tengah memasak rendang ayam.

Malam ini adalah malam raya. Tahun ini juga turn di rumah keluarga mertuanya. Lagipun babah dan umi tahun ni turun ke Kuala Lumpur sebab umi kena menjaga Athea dalam berpantang.

Athea baru sahaja melahirkan anak kedua iaitu lelaki dua hari yang lepas. Ikutkan lepas seminggu raya. Tapi, baby tak sabar nak keluar awal.

Berpusing kepala bonda memandang menantu kedua nya ini. Tersungging senyuman di bibir bonda.

"Ada apa-apa yang boleh Eva bantu?" Tanya Eva pada bonda.

"Boleh. Tu sangai kacang. Nanti bonda nak buat sambal kacang." Kata bonda sambil mengacau rendang ayam.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now