F | E : 22

8.2K 294 1
                                    

Di dalam bilik, Firash baru sahaja selesai menunaikan solat isyak. Dia melihat anaknya duduk di atas katil sambil memandang ke arahnya.

Firash memanggil Luthfi untuk mendekat ke dia. Luthfi turun dari katil dan berjalan menghampiri daddynya.

Sampai sahaja Luthfi di depannya, dia menarik sedikit tangan Luthfi untuk duduk di atas pahanya.

Dia mula menadah tangan untuk berdoa. Luthfi juga turut menadahkan tangan dengan meletakkan tangannya di atas tangan Firash.

Selesai sahaja berdoa, mereka berdua mengaminkan dan meraup telapak tangan ke wajah. Firash tersenyum melihat gelagat anak bujangnya yang seorang ini.

"Buat apa dalam bilik daddy?" Tanya Firash lembut.

"Rindu daddy. Daddy dah lama tak balik cini." Jawab Luthfi perlahan. Ada terselit nada sedih.

"Sorry okay? Daddy banyak kerja dekat office. Daddy selalu balik penthouse." Firash duduk bersila dengan Luthfi yang masih duduk di ribaannya.

"Bila Luth boleh duduk dengan daddy? Mommy pun bila boleh duduk catu umah dengan kita, daddy?" Tanya Luthfi lagi. Kali ini, dia mendongak memandang wajah daddynya.

Firash menunduk memandang anaknya dan dia mencium sekilas dahi anaknya. Dia memberi senyuman manis kepada Luthfi.

"InshaAllah dah tak lama. Nanti mommy duduk dengan kita..Luthfi pun nanti boleh duduk sekali satu rumah dengan mommy dan daddy, okay?" Jawab Firash lembut dengan mengelus rambut anaknya.

"Luth rindu mommy..boleh tak kalau daddy call mommy? Luth nak cakap dengan mommy." Pinta Luthfi. Dia mengelip-ngelipkan matanya.

"Boleh. Tapi, bagi daddy bangun kemas ni dulu. Baru daddy call mommy." Luthfi diangkat letak ke tepi. Firash mula mengemas tempat solatnya. Sejadah disidai di gantungan.

Dia menarik Luthfi dibawa ke katil. Firash mengangkat Luthfi untuk duduk di atas katil. Firash juga turut melabuhkan punggung di atas katil dan mencapai telefonnya.

Nombor telefon Eva dicari di dalam kenalan sebelum membuat panggilan. Panggilan di sana masih lagi berdering. Tak lama selepas itu, panggilan tersebut diangkat oleh Eva.

My Happiness❤️
Assalamualaikum.

Firash
Waalaikumussalam.

My Happiness❤️
Awak ada apa call saya malam-malam ni?

Firash
Dah tak boleh call ke?

Firash memandang anaknya di sebelah yang turut memandangnya. Wajah Luthfi sudah menunjukkan rasa senang bila mendengar suara Eva. Dia meminta pada Firash untuk bercakap dengan Eva.

My Happiness❤️
Bukan tak boleh. But, why?
You have something to talk to me?

Firash
Tak penting tapi, ada orang tengah rindu kau ni.

My Happiness❤️
Awak lah tu yang rindu saya. Kan?

Firash
Perasan. Kejap aku bagi telefon ni dekat orang tu.

Firash menghulurkan telefonnya pada Luthfi. Dengan senang hati Luthfi mengambil dan bercakap dengan Eva.

Firash
Mommy..

My Happiness❤️
Lah anak mommy..
What are you doing, sayang?

Firash
Nothing. I miss you, mommy.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now