F | E : 5

11.5K 422 4
                                        

Habis saja melepak bersama dengan Qais dan Azriq. Firash berjalan ke arah keretanya dengan santai. Sempat juga dia usya kereta sebelah. Cantik!

Dia masuk ke dalam kereta Mercedes AMG GTR pro nya. Baru saja dia ingin bergerak, dia melihat perempuan yang dia terlanggar tadi berjalan di hadapan melepasi keretanya dan pergi ke kereta sebelahnya ini.

Tidak sangka dia yang kereta Mercedes sebelah dia ini adalah kereta perempuan tu. Gerak saja kereta Eva..dia pun mula memandu mengikut dari belakang.

Sampai di depan lampu isyarat, masing-masing menukar arah. Eva ke kiri, Firash ke kanan.

Di dalam kereta, Eva tiba-tiba teringat akan lelaki yang bernama Firash itu. Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama? Kerana hatiku sudah berdup dap dup dap untuknya.

Ewah!

"Fi..rash. Firash, Firash, Firash." Dari awal dia sebut sampai ke rumah dia menyebut nama Firash tanpa henti. Kau buat nama Firash tu macam zikir kau tahu. Baik kau sebut SubhanaAllah ke, Alhamdulillah ke. Kan lagi bagus.

"Alhamdulillah sampai juga..dekat rumah." Eva membuka pintu dan melangkah keluar dari dalam kereta. Dia membuka bonet dan mengeluarkan semua beg pakaian dia.

"Urgwahhh. Beghatnya! Haih..aku ni bawa baju ke bawa batu? Kau pun satu lah, Eva. Baju bukan main banyak." Gumam dia sendirian.

Eva duduk di sofa melepaskan rasa penatnya. Tiba-tiba, dia terasa sunyi sangat. Lalu, dia mengambil telefonnya untuk memberitahu pada umi yang dia sudah selamat sampai di rumah.

Panggilan belah sana masih lagi berdering. Tak lama selepas itu, panggilan tersebut dijawab dan disapa dengan suara umi yang lembut.

Eva
Asssalamualaikum umi.
Umiiii..adik rindu umi dengan babah.

Umi💗
Waalaikumussalam.
Halah, halah, halah.. baru berapa jam dah rindu.
Ni dah sampai rumah belum?

Eva
Eee umi ni..
Dah..baru je sampai.
Itu yang call umi.
Kakak dengan babah mana umi?

Umi💗
Babah dengan kakak keluar.

Eva
Pergi mana?

Umi💗
Babah bawa kakak beli durian.
Merengek dengan babah tadi minta durian.

Eva
Eleh kakak tu mengada je lebih.
Nanti bukan dia makan banyak pun.

Umi💗
Adik cakap macam tu sebab adik tak dapat makan kannnn.

Eva
Yalah.
Masa adik balik tak nak beli pun durian.
Merajuk lah macam ni.

Umi💗
Mengada lah kamu.
Nanti kamu balik sini lagi..pergi lah ajak babah beli.

Eva
Okay.
Umi, adik nak mandi pastu nak solat maghrib nanti.
Adik end dulu okay?
Bye umi. Assalamualaikum.
Kirim salam dekat babah dengan kakak.

Umi💗
Ha yalah.
Waalaikumussalam.

Tamat saja panggilan, Eva bangun dari duduknya dan mengangkat kembali beg pakaian dia yang berat itu menaiki tangga dengan berhati-hati.

                              **********

Malam ini, Firash pulang ke penthouse nya. Dia masih lagi memikirkan apa yang dikatakan oleh ayah dan bonda.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang