F | E : 33

11.2K 317 4
                                        

Kerusi di hadapan Qais ditarik seseorang. Terangkat kepala Qais memandang gerangan tersebut. Berkerut seribu dahi Qais melihat Qaseh yang sudah duduk di hadapannya.

'Mimpi apa aku malam tadi?' Gumam Qais dalam hati sambil mengingati apa yang dimimpinya malam tadi.

"Assalamualaikum." Qaseh memberi salam.

"Wa..waalaikumussalam." Tiba-tiba, Qais rasa gementar. Sabar encik jantung. Jangan buat hal. Jangan kau terkeluar dari soket sudah.

"Awak kenapa ni, Qais? Macam tak pernah nampak saya je." Berkerut dahi Qaseh melihat wajah terkejut Qais.

"Tak..tak bukan macam tu. Saya..tapi, apa awak buat dekat sini?"

"Saya jalan-jalan lepastu ternampak awak duduk sorang dekat sini. Join lah. Tak boleh ke?"

"Kalau, tak boleh takpe. Saya boleh pergi." Sambung Qaseh bila Qais hanya diam tidak membalas kata-katanya.

Berura-ura Qaseh mahu bangun dari duduknya tapi, dihalang oleh Qais. Terduduk kembali Qaseh di kerusinya semula.

"Tak. Saya cuma.."

"Terkejut?" Qaseh memintas ayat Qais.

Qais mengangguk tanda mengiyakan.

"Qais. Kalau, awak betul-betul serius dengan apa yang awak cakap tentang perasaan awak pada saya. Saya nak awak buktikan." Ujar Qaseh tiba-tiba.

"Awak nak saya buktikan macam mana?" Tanya Qais ingin tahu.

"Buktikan lah. Tak kisah dengan cara apa pun. Yang saya tahu awak tulus dan ikhlas."

"Kalau, macam tu saya hantar rombongan meminang lah." Seloroh Qais.

"Hah? Agak lah."

"Gurau saja. Jangan cuak sangat muka tu." Tergelak Qais bila melihat wajah takut Qaseh.

"Awak ni kan. Ada yang saya pelangkung nanti ni. Suka sangat bergurau." Geram Qaseh.

"Tapi..awak dah terima saya ke?" Soal Qais meminta kepastian dengan memicingkan matanya merenung Qaseh.

Hanya anggukan sahaja balasan dari Qaseh. Dah lama sebenarnya dia fikir sejak dari mereka bertemu secara tak sengaja di syarikat Qais semasa Qaseh menjadi model dan ada photoshoot di situ.

"Serius ni? Kau tak main-main kan? Maknanya sekarang ni kita official lah?" Teruja suara Qais sekarang.

"Off..official?" Terjungkit sebelah kening Qaseh. Pelik.

"Yalah. Official. Awak dan saya.." Kata Qais dengan mengeluarkan dua jari telunjuknya lalu dirapatkan bersama.

"Nope. Not yet. Like I said just now. If you being serious then, prove it."

"Alooo.." Mengendur suara Qais dengan bibirnya juga sudah tercebik.

"No alo-alo." Qaseh tahan sahaja bibirnya dari senyum. Comel pula bila dia tengok Qais macam ni.

"Azriq dengan Aulia je dah official." Perlahan suara Qais.

"Biarlah dorang." Tentang hubungan antara Azriq dan Aulia, Qaseh sudah tahu. Merajuk juga lah dia dengan Aulia. Tapi, nak wat gane. Ye dok? Benda dah jadi.

"Tak nak official jugak ke?"

Menyepet mata Qaseh memandang Qais yang tersengih-sengih di hadapannya ini. Rasa macam nak cucuk pakai garfu. Geram pula.

"Tak payah nak mengada lah. Bukan official lagi. Terus kahwin je." Ayat yang akhir tu perlahan je Qaseh ungkap. Hanya terdengar di pelupuk telinganya sahaja.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang