F | E : 25

10.6K 311 1
                                    

Malam itu, resah gelisah Eva rasa. Sekejap-sekejap mesti dia akan pandang pintu bilik air. Kejap baring, kejap duduk, kejap menonggeng, kejap berguling dan dah bermacam-macam gaya lagi.

Eva bangun duduk dan dia menutup wajahnya dengan tangan. Tak lama selepas itu, Eva berbunyi seperti orang meraung.

"Kau kenapa ni?" Tanya Firash bila dia keluar sahaja dari bilik mandi dapat dia tengok isterinya sudah begitu dan begini.

Terkejut Eva. Cepat-cepat dia memusingkan badan menghadap Firash. Terjatuh rahang Eva bila dia tengok keadaan suaminya yang hanya memakai tuala separas pinggang.

"Sayang. Eva Raessa!" Firash melambai tangan di depan Eva yang sedang termenung.

Tersentak Eva bila namanya dipanggil Firash. Dia berdehem dan meneutralkan kembali wajahnya. Mesti sekarang wajah dia tengah memerah.

"Y..ya. Kenapa?"

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik."

"Takde apa. Dah lah saya nak tidur. Awak pergi pakai baju awak. Nanti masuk angin." Arah Eva dan dia terus masuk ke dalam selimut. Dia menutup sampai ke kepala.

Firash sudah berkerut dahi dan hanya menggeleng kepala. Takut sangat ni. Tak dapat sekarang tak apa. Ada banyak masa dan hari lagi.

Eva membuka selimutnya bila mendengar derapan kaki Firash menjauh darinya. Hufff.

Perlahan-lahan mata Eva tertutup. Baru sahaja dia melepaskan nafas lega tiba-tiba dapat dia rasa ruang sebelah dirinya seperti tenggelam. Makin erat mata Eva menutup matanya bila menghidu bau wangian suaminya masuk ke dalam rongga hidung dia.

Lagi terkejut bila dia rasa ada tangan yang menjalar di pinggang kecilnya. Terus terbuka besar mata Eva. Eva dapat rasakan ada hembusan nafas di lehernya.

"Aku tahu kau tak tidur lagi." Gumam Firash di leher Eva. Menggeliat geli Eva jadinya.

"Aw..awak." Panggil Eva perlahan. Dia rasakan yang dia dah macam tak boleh nak bernafas.

"Ustaz kata..berdosa tidur membelakangi suami. Akan dilaknat sampai pagi. Bukan aku yang kata tapi, ustaz.." Terkejut Firash bila Eva secara tiba-tiba memusingkan badan baring menghadap dia.

Mata Eva tertutup. Dia tak nak pandang wajah Firash. Malu!

Tersenyum kecil Firash. Dia makin mendekat ke isterinya dan memeluk isterinya erat. Muka Eva terbenam di dada Firash.

"Sayang..aku ada permintaan." Firash menundukkan wajahnya memandang wajah isterinya.

Eva mendongak memandang Firash. Berkerut dahi dia bila mendengar Firash mengatakan ada permintaan.

"Apa dia?" Soal Eva perlahan.

"Panggil aku, abang." Tersekat air liur Eva. Aaaabang? Tu lah kau. Tadi kau mohon-mohon minta lepas bukan main panggil dia abang.

Rasa nak tercekik sekarang ni bila tuan empunya badan yang meminta sendiri. Berpasir dia rasa air liurnya.

"Malu lah.."

"Tadi yang kau panggil aku, abang dengan siap menggoda lagi tak malu pula?" Firash mengungkit kejadian tadi. Terus Eva menyembamkan wajahnya di dada Firash.

"Bagi saya ready dulu, pleaseee."

"No! I want it now. Aku bagi kau dua pilihan. Sama ada bagi aku hak aku atau panggil aku abang?" Eva diberi dua pilihan. Laju Eva mendongak memandang suaminya yang sedang merenung wajahnya.

"Mana aci macam tu." Protes Eva.

"Aci dekat India sayang. Cepat pilih."

"Alahhhh.." Merengek Eva dengan mencebik bibir.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now