F | E : 52

8.4K 285 5
                                    

Di dalam satu bilik ada seorang perempuan yang sedang tersenyum puas bila mendengarkan berita tentang Eva yang dilanggar.

Gembira hatinya. Senang dan terlalu senang.

"Haish. Tapi aku masih lagi tak puas. Sebab kau tak mati dan anak kau pun tak mati juga." Kata Thalia dengan meneguk air arak.

"Sepatutnya lagi bagus kalau dua-dua mampus. Kan senang aku nak dapatkan Firash." Psiko sungguh si minah Thalia ni.

Hanya kerana seorang lelaki. Sanggup sampai hendak membunuh.

"Tapi, takpe. At least, kau tak sedarkan diri. Jadi, dalam masa-masa ni boleh lah aku goda Firash. Mesti dia kesepian kan? Hahahaha." Ni dah lebih gila dari Sarah ni.

Sarah punya gila pun tak sampai macam ni. Eh?

**********

Dah seminggu Eva terlantar dan terkaku baring di atas katil hospital. Tiada langsung tanda-tanda bila Eva akan sedar.

Firash pula sejak seminggu ni selalu ulang-alik dari rumah ke office dan hospital. Tidurnya juga tidak cukup. Bila malam dia akan menjaga Eva sehingga pagi.

Macam sekarang. Dia duduk di sebelah Eva setelah selesai menunaikan solat isyak sebentar tadi. Selama seminggu ni juga lah dia langsung tidak bersemangat.

"Bila sayang nak bangun? Abang rindu dengan isteri abang. Sayang marah abang ke sebab tak selamatkan sayang? Abang minta maaf. Bangun lah sayang. Abang tak kuat nak hadap seorang. Abang perlukan sayang. Anak-anak pun perlukan sayang."

"Kalau, sayang marah abang janganlah tidur lama sangat. Abang rindu nak dengar suara sayang, manja sayang, celoteh sayang, masakan sayang dan macam-macam lagi semua pasal sayang. Hari-hari abang dah tak macam selalu. Diri abang pun dah tak terurus. Sayang rehat lah. Abang pun nak rehat. Penat baru balik dari office. Cepat bangun. I miss you and I love you so much." Ucap Firash dan mencium sekilas bibir Eva.

Dahi Eva turut dikucup lembut dan lama. Bagai meluah segala perasaannya tika ini.

Setelah itu, Firash bangun dari duduknya dan berjalan mendekati sofa yang ada di dalam bilik hospital itu. Dia membaringkan dirinya sambil badannya menghadap Eva.

Matanya kuyu saja. Perlahan-lahan mata Firash terkatup rapat. Dia sudah lena dibuai mimpi.

Tanpa Firash sedar. Air mata Eva jatuh mengalir. Dia dengar semua keluhan, luahan dan segalanya apa yang dikatakan Firash.

Eva turut rindu akan suaminya. Tapi, dia masih lagi tidak dapat membuka matanya. Jarinya juga mulai bergerak kecil.

Tiba-tiba, pintu bilik wad Eva dibuka dari luar. Eva terdengar seperti derapan bunyi kasut tumit tinggi. Ada seorang perempuan yang masuk ke dalam bilik wadnya ini.

"Tch tch. Kesian kau. Memang bagus pun aku upah orang untuk langgar kau. Tapi, asal kau tak mati eh? Liat betul nyawa kau kan? Tapi, takpe..sementara kau tengah tak sedar diri ni. Boleh lah aku gunakan waktu-waktu ni untuk goda Firash. Biar dia ceraikan kau." Kata Thalia perlahan.

'Ni suara Thalia. Jadi dia lah punca aku kena langgar.' Getus hati Eva.

Thalia berjalan mendekati Firash yang sedang tidur di atas sofa. Dia melabuhkan punggung di sebelah Firash. Dibelai lembut wajah Firash.

Perlahan Eva cuba untuk membuka matanya. Dia takkan biarkan Thalia menggoda suaminya.

"Hensemnya cinta hati Lia ni. Tapi, sayang..sebab abang lebih pilih perempuan tu berbanding Lia. Kan sekarang abang dah sedih sendiri. Kesian abang." Tutur Thalia lembut.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now