F | E : 10

11.4K 363 9
                                    

Mereka semua sudah selesai membuat bakar-bakar sampai petang. Tapi, Eva masih lagi di rumah keluarga Firash. Luthfi tidak membenarkan Eva pergi. Sampai menangis Luthfi bila Eva kata dia mahu pulang ke rumah.

Nak tak nak..Eva terpaksa duduk sebentar sehingga Luthfi sudah tidur baru dia akan pulang. Qais dan Azriq pula sudah pulang selepas mereka siap.

"Aku tengok kau ni kan..dah betul-betul jadi mommy dia." Kata Anisa melihat Eva menepuk-nepuk punggung Luthfi perlahan untuk mendodoi.

Eva hanya mampu gelak kecil saja. Sebelum ini, dia tak pernah tahu cara untuk melayan kanak-kanak. Sebab dia tak pandai. Tapi, bila dengan Luthfi tiba-tiba je elok. Dia sendiri pun pelik dengan diri dia.

"Apa kata kau jadi je mommy dia betul-betul." Anisa memberi cadangan pada Eva.

"Memang aku dah jadi mommy dia kan?" Anisa menepuk dahinya sedikit kuat. Aduh lah minah ni. Lembab lah. Eva tak dapat menangkap maksud dari kata-kata Anisa.

"Maksud aku..kau kahwin dengan Firash. Baru lah jadi mommy betul-betul." Terkedu Eva mendengar nya. Laju dia mencari wajah Anisa yang sudah tersengih-sengih lepas berkata begitu.

"Apa kau ni? Merepek lah." Kata Eva dengan geram.

"Betul apa. Lagipun..Firash tu single lagi tau." Usik Anisa. Lawak dia tengok wajah Eva. Nak gelak. Tapi, kena tahan. Ada dua orang budak ni nak tidur.

Eva malas melayan. Dia hanya diam saja dan menyambung menidurkan Luthfi. Bila dilihat Luthfi sudah terlena sepenuhnya, dia bangun dari labuhannya dan berura-ura mahu keluar dari bilik.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Anisa menghentikan langkah Eva.

"Balik rumah lah. Takkan aku nak tidur sini. Dah lah..aku pergi dulu. Luthfi pun dah tidur." Terus Eva bergerak keluar dari bilik Hafiz dan Luthfi. Dia berjalan menuruni tangga dengan berhati-hati. Sampai di bawah, dia melihat ada bonda, ayah, Harez dan..Firash.

"Haa turun dah. Tidur dah Luthfi?" Tanya bonda.

"Dah, aunty. Baru je lepas." Jawab Eva sambil berjalan mendekat ke arah bonda. Firash perhati saja setiap langkah Eva.

"Malam ni tidur sini je lah ya? Dah malam. Takkan nak balik." Pujuk bonda mengajak tidur di rumah.

"Eh takpe, aunty. Lagipun, tadi kakak saya ada call. Dia cakap nak datang rumah. Tidur dekat rumah saya." Memang betul. Tadi petang, Athea ada menelefonnya memberitahu tentang ini.

"Ohhh. Kalau, macam tu aunty tak boleh nak cakap lah. Kamu balik hati-hati ya. Ke..nak Firash tolong hantarkan?" Cadang bonda.

"Takpe, aunty. Saya boleh drive sendiri. Rumah saya dengan aunty bukan jauh mana pun." Balas Eva menolak dengan sopan.

"Kalau, macam tu pergi balik cepat. Nanti aunty ubah fikiran kamu tak boleh balik dah. Aunty tak izinkan." Tegas bonda dengan saja mengarangkan wajahnya.

"Apa awak ni? Ada pula cakap macam tu. Kamu, Eva hati-hati bawa kereta." Ayah mencelah. Ini kalau dibiarkan memang isterinya tak nak lepaskan Eva. Memang tak balik lah nanti jawabnya.

"Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Eva menyalam tangan bonda dengan penuh hormat dan tersenyum pada ayah. Lalu, dia berjalan keluar dari pintu rumah mendekat ke keretanya. Eva mendengar derapan kaki di belakang. Dia memusingkan tubuh. Ternyata Firash.

"Aku follow kau dari belakang. Bahaya biarkan kau balik seorang." Kata Firash dengan perlahan.

"Tak payah lah. Saya boleh balik sendiri. Tak perlu pun nak follow saya. Awak tak payah susah-susah nak escort saya sampai ke rumah." Balas Eva dengan menatap wajah Firash.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now