F | E : 55

10.5K 256 5
                                    

"Hey." Tegur Eva. Dia melihat Firash yang sedang mengipas ayam yang sedang dibakar.

"Hai sayang. Mana Elya?" Firash menghadiahkan senyuman buat isteri tercintanya.

"Ada tu." Eva memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah babah dan ayah.

Babah mendukung Elya manakala ayah mendukung Hara, anak kepada Harez dan Anisa.

Hari ini mereka semua berkumpul di rumah keluarga Firash. Bonda dan ayah sengaja membuat acara makan-makan untuk keluarga.

"Tak sangka kan? Dah nak dekat dua tahun kita kahwin. Elya pun dah besar. Dah nak berjalan dah pun." Kata Eva perlahan.

Dia mengenang kembali hal-hal lama. Terbit senyuman di bibirnya.

"Itu lah. Terima kasih sebab sayang bertahan dengan abang."

"Sama-sama. Sayang tak sangka pertemuan kita dulu dekat kafe mall tu jadi pertemuan paling bermakna. Rupa-rupanya kita berjodoh."

"Jodoh depan tandas." Kata Firash dengan tergelak kecil.

"Ha'ah lah abang. Sayang yang terlanggar abang waktu tu."

"Kali pertama abang nampak sayang terus jantung abang ni berdegup laju tau."

"Ye ke? Muka abang waktu tu serius je. Senyum pun tak nak. Sombong dulu dengan sayang."

"Tu dulu. Sekarang kalau takde sayang depan mata abang. Abang dah gelabah. Mana boleh hidup abang ni takde sayang. Tak lengkap lah."

"Ceh. Yalah tu. Entah-entah suka kalau sayang takde." Mengecil mata Eva merenung Firash. Saja nak mengusik.

"Betul. Abang ni sehari tak fikir pasal sayang, tak boleh. Bukan sehari tapi sesaat. Sesaat abang tak fikirkan sayang, abang dah rasa hidup abang ni jadi kacau." Kata Firash bersungguh.

"Yalah, yalah. Maknanya sayang punya mantera tu jadi lah." Berkerut dahi Firash.

"Mantera apa, sayang?" Tanya Firash.

"Mantera kasih, sayang, rindu dan cinta supaya abang sentiasa mengingati sayang. Huahahahahahah." Gelak besar Eva selepas berkata.

"Sayang. Apa gelak macam tu? Tengok, semua tengok sayang." Firash menegur isterinya itu. Nakal sungguh lah sejak-sejak lepas Elya lahir ni.

Tersengih-sengih Eva memandang yang lain sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Menggelanh kepala Firash dengan tingkah isteri kesayangannya ini.

"Mommy, mommy." Panggil Luthfi.

Terus berpaling kepala Eva memandang anak bujangnya yang seorang ini. Bertinggung Eva bagi sama rata ketinggian dengan anaknya.

"Ya, sayang mommy." Sahut Eva dengan lembut.

"Luth nak makan satay boleh?" Izin Luthfi. Sekarang ni dia dah boleh cakap dengan lancar. Dah tiada pelatnya.

"Boleh. Pergi minta dekat aunty Qaseh."

"Thank you, mommy." Ucap Luthfi dan memberi satu ciuman di pipi kanan Eva.

"Sama-sama handsome boy, mommy." Terukir senyuman manis Eva buat Luthfi. Digosok lembut atas kepala Luthfi.

Selepas itu, Luthfi terus pergi ke arah Qaseh untuk meminta satay.

Alhamdulillah. Setelah Qais berjuang dengan waktu yang cukup lama untuk mendapatkan hati Qaseh. Akhirnya, dapat juga. Lagi dua bulan dari sekarang mereka berdua akan ditunangkan.

Azriq dan Aulia pula sudah 3 bulan menjadi suami isteri dan sejak dari satu bulan yang lalu, Aulia disahkan hamil.

Athea dan Hafizi pula sedang menunggu kelahiran si kecil yang tak lama lagi bakal lahir. Bahagia Hafizi bila mengetahui jantina anak mereka. Apa lagi en. Baby boy lah. Memang gang lah.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now