F | E : 2

12.8K 429 3
                                        

Eva terjaga dari tidur bila mendengar bunyi alarm yang berbunyi di telefonnya. Dia menggeliat sebentar sebelum mengambil telefon untuk mematikan bunyi tersebut.

Dia melihat jam sudah menunjukkan hampir memasuki waktu subuh. Dia bingkas bangun untuk membersihkan diri dahulu. Eva berjalan mencapai tualanya yang tergantung di gantungan dan mendekati bilik air.

Sekitar 20 minit selepas itu, dia keluar dengan hanya berkemban dan masuk ke dalam closet untuk memakai pakaiannya. Siap semuanya, dia tersentak bila pintu biliknya diketuk.

Eva berjalan mendekat ke arah pintu dan menguaknya perlahan. Dia tersenyum melihat umi yang berada di depan pintu.

"Dah bangun?" Tanya umi dengan membalas senyuma Eva.

"Dah..umi datang ni mesti nak ajak solat sama kan?" Teka Eva bila melihat uminya sudah siap memakai telekung.

"Yaa..ni kalau, adik belum ambil wuduk. Pergi ambil dulu. Babah, umi dengan kakak tunggu dekat bilik solat." Beritahu umi dengan nada lembut.

"Adik dah ambil wuduk. Umi pergi dulu. Adik nak pakai telekung je tinggal. Nanti adik datang."

"Haa yalah. Cepat sikit." Eva melihat uminya yang sudah bergerak ke arah bilik solat, dia juga cepat-cepat menutup kembali pintunya dan memakai telekung. Selepas itu, dia keluar dari biliknya dan menuju ke bilik solat.

Selesai menunaikan perkara wajib yang satu itu, mereka sekeluarga sambung mengaji dengan membaca al-Quran. Beginilah rutin dan didikan kedua orang tua Eva. Babahnya sangat straight dan tegas tentang agama.

Athea dan Eva menyalam tangan babah dan umi mereka dengan penuh hormat dan sayang selepas selesai membaca al-Quran bersama.

"Nanti tolong umi dekat dapur. Jangan mengelat. Kang umi piat telinga kamu berdua." Kata umi memberi amaran.

Athea dan Eva sudah tersengih-sengih. Sebab mereka ni selalu mengelat bila uminya mengajak untuk membantu di dapur.

"Alahhh umi. Adik kan baru balik semalam. Bagi lah adik rehat. Kalau, kakak takpe. Kan kak?" Eva mencuit kakaknya. Minta pembelaan.

"Heh mengada lah kau. Piat telinga adik, umi. Dia nak mengelat tak nak tolong umi."

"Adikkkkk.." Meleret suara umi memanggil nama panggilan anak bongsu nya itu.

"Baik umiii." Mencebik bibir Eva bila uminya sudah memanggil dengan nada meleret begitu. Kalau, tidak diikutkan pasti telinganya akan dipiat.

Athea menjulurkan lidahnya dan dia membuat tanda bagus sebagai tanda 'padan muka'.

Babah hanya melihat sahaja sambil menggeleng kepala. Dah biasa sangat dah dengan perangai dua orang anak daranya ini. Ada je akal masing-masing nak kenakan orang. Masa kecil lagi ligat. Kalah budak lelaki.

Riuh rendah bunyi dapur kerana gamit dengan gurauan antara ibu dan anak-anak. Eva dan Athea ni suka sangat mengenakan umi mereka. Nasib tak pengsan je umi mereka ni.

"Amboi seronok kemain 3 beranak ni." Tegur babah yang baru masuk selepas keluar pergi ke warung Pak Hamid membeli kuih. Babah meletakkan kuih-muih itu di atas meja.

"Biasalah babah..macam tak biasa dengan kitaorang." Kata Athea yang mengambil pinggan lalu dibuka semua plastik kuih itu dan diambil satu-persatu untuk diletakkan dalam pinggan.

"Hei babah ni..nak pergi warung Pak Hamid tak cakap. Adik nak ikut juga." Eva mendekati dan memeluk lengan babahnya.

"Mengada lah kau dik. Pergi warung Pak Hamid tu mesti nak jumpa Abu. Yalah, Abu kan suka kau."

"Eee mana ada lah. Nak beli air kelapa Pak Hamid je. Dah lama kot tak minum. Ke..kakak yang suka dengan Abu?" Eva menaikkan kedua alisnya beberapa kali dengan senyuman mengejek.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang