Firash membuka pintu bilik dan melangkah masuk ke dalam. Dapat Firash lihat yang Eva lagi baring di atas katil membelakangi dia.
Dia berjalan mendekati isterinya. Dekat sahaja, Firash melabuhkan duduk di sebelah Eva dan mengintai wajah isterinya.
Ternyata tidur. Tapi, Firash dapat kesan ada sisa air mata. Dia mengesat lembut agar lena Eva tidak terganggu. Tunak dia memandang wajah isterinya yang sedang tidur itu.
Dari tadi lagi Firash cari isterinya. Tapi, tak jumpa. Bila tanya Anisa, Anisa kata dalam bilik. Anisa dah Farhani pun dah cerita apa yang mak lang cakap pada Eva.
Terlepas keluhan di bibir Firash. Kenapa lah mak lang cakap macam tu?
"Abang minta maaf, sayang. Sepatutnya abang lindungi sayang. Tapi, abang takde masa sayang kena dengan mak lang. Abang sayang isteri abang ni. Sayang sangat-sangat." Ucap Firash perlahan dengan mencium sisi kepala Eva lembut.
Selepas itu, Firash menyandarkan belakang badannya di penyandar katil. Dia merenung Eva. Tak lama itu, Firash juga ikut terlelap.
Eva mengedipkan matanya beberapa kali bagi menghilangkan rasa kantuknya. Dia mengalihkan badan ke kiri dan dia melihat ada Firash di sisinya yang sedang tertidur duduk.
Perlahan Eva bangun dari baringannya untuk duduk. Dia membelai lembut pipi Firash. Dia merenung sahaja wajah Firash yang bersih tanpa ada sebarang jerawat.
Firash tersedar bila merasakan ada sesuatu yang menyentuh pipinya. Tangannya naik memegang tangan Eva.
"Sayang dah bangun?" Firash berdehem dan membetulkan duduknya.
'Ni yang aku lemah ni..dia ni kalau bangun tidur seksi betul. Lagi-lagi suara tu. Mengancam hati aku.' Gumam Eva dalam hati.
Eva berdehem untuk menghilangkan rasa tergoda dia tu. Tahan Eva, tahan.
"Dah. Abang dah lama ke masuk bilik ni?"
"Lama lah juga. Sempat abang tengok sayang tidur. Like a baby." Firash mencuit pucuk hidung isterinya.
"Eva memang baby abang kan?" Tanya Eva manja.
"You are my baby. Always my baby, baby." Eva gigit bibirnya. Malu!
"For how many times that I told you do not bite your lips?" Tegur Firash tegas.
"Abang lah. Suka buat sayang blushinggg..menyampah lah." Mukanya langsung disembamkan ke dada suaminya. Tangannya elok dililit di pinggang Firash.
Terletus tawaan kecil Firash. Tangannya naik membelai lembut rambut Eva. Dia mencium ubun-ubun isterinya dengan sayang.
"Abanggg.." Seru Eva lembut setelah lama mereka berdiam diri.
"Ya, baby sayang." Jawab Firash.
"Abang, stop it. Sayang nak tanya satu soalan boleh?" Pinta Eva.
"Boleh sayang. Seribu soalan pun boleh untuk sayang. Apa je tak boleh untuk isteri cantik abang ni."
Eva melepaskan pelukan mereka dan berdehem untuk menanyakan soalan. Dia merenung tepat ke dalam mata Firash.
"Abang bahagia tak dengan sayang?"
"Bahagia."
"Sayang susahkan abang tak?"
"Sayang tak pernah susahkan abang."
"Sayang bahagiakan abang tak?"
"Sentiasa membahagiakan abang."
"Sayang.." Belum habis katanya, Firash membungkam mulut Eva dengan mencium bibir isterinya lembut.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomansTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...