Eva menuruni tangga dengan berhati-hati. Kenapa dia rasa rumah ni sunyi sangat? Macam tiada orang je. Eva nampak umi yang sedang membancuh air di dapur.
"Pagi umi." Tegur Eva dengan senyuman. Untung dia bangun pagi tadi dia melihat wajahnya di cermin mata dia tidak bengkak dan wajahnya juga tidak sembab akibat menangis semalam.
"Pagi adik. Baru bangun ke? Solat subuh tak tadi?" Tanya umi. Yalah, masa umi ketuk pintu bilik Eva, langsung Eva tidak membukanya.
"Takde lah. Solat je. Cuma, solat sendiri. Adik bangun awal. Lepastu, tertidur balik pulak. Sorry umi tak tolong umi buat sarapan." Eva memeluk umi dari belakang. Tenang dia rasa. Terasa bebannya hilang.
"Hmm yalah. Ni tolong umi angkat pinggan tu. Bawa ke pondok luar." Arah umi. Eva melepaskan pelukan dan memandang uminya pelik.
"Kenapa pulak nak bawa ke sana?"
"Hari ni kita sarapan dekat situ. Babah suruh. Jom."
"Emm..umi kejap. Firash ada lagi ke?" Tanya Eva ingin tahu. Umi hanya membalas dengan anggukan.
"Umi. Adik ada kerja sikit nak kena buat. Adik naik atas dulu." Eva saja memberi alasan sebab nak mengelak dari Firash. Buat masa sekarang ni dia tak nak jumpa Firash. Dia masih terasa hati dengan Firash.
"Adikkkk. Bawa pinggan tu. Nanti babah tanya pula. Lagipun ada Firash. Tak elok buat macam ni. Kerja tu nanti-nanti boleh buat." Bila umi sudah bersuara dengan nada serius Eva jadi kecut perut. Tak berani dia. Mahu atau tidak terpaksa lah Eva angkat juga pinggan itu untuk bawa ke pondok luar.
Dapat Eva lihat babah yang sedang bersembang sambil bergelak tawa dengan Firash. Suka-suka pulak dia ni. Dah lah semalam buat aku nangis.
"Haaa. Siap dah pun air teh panas. Jemput makan, Rash." Suruh babah. Umi pula dah ambil tempat sebelah babah. Dia masih lagi berdiri terpacak macam tugu negara dengan masih lagi memegang pinggan.
"Adik memang nak pegang je ke pinggan tu? Tak nak letak? Tak nak bagi kami makan?" Seloroh babah ingin bergurau.
Tersentak Eva mendengar suara garau babah yang menegurnya. Dia mengemam bibir menahan malu. Eva berjalan mendekat dan meletakkan pinggan tersebut ke atas meja. Secara tidak sengaja, mata dia dan mata Firash bertembung. Gugup rasanya.
Cepat-cepat Eva pandang ke tempat lain. Dia melabuhkan duduk di sebelah Firash. Dah itu je tempat yang masih kosong. Nak tak nak duduk je lah. Dia diam saja. Tengah takde mood.
Firash perasan akan wajah Eva yang sedikit sembab itu. Mesti dia menangis semalam. Firash makan dengan diam. Hanya umi dan babah sahaja yang galak bersembang berdua.
"Umi, babah. Nanti adik nak keluar sekejap boleh?" Eva bersuara meminta izin.
"Nak pergi mana? Ajak lah Firash sekali." Kata umi pada Eva.
"Hah? Emmm..alah adik baru nak me time." Alasan Eva. Takkan lah tengah merajuk macam ni nak keluar sama. Memang tak lah.
"Nak pergi mana?" Kali ini babah yang bertanya mengulang soalan umi bila Eva tidak menjawab.
"Pergi mall je. Sekejap tak lama." Kata Eva masih mengharap dan Firash tak payah sibuk nak ikut.
"Pergi dengan Firash." Tegas babah. Eva menggigit sedikit bibir bawahnya. Dia tak nak keluar dengan Firash.
"Firash nanti kamu bawa Eva. Boleh jalan-jalan sekali." Kata umi pula. Eva langsung bangun dari duduknya dan berura-ura mahu pergi tapi, ditegur babah.
"Adik nak pergi mana? Tak sopan bila orang masih makan adik dah bangun." Suara babah bertukar keras. Nampak sangat yang babah sekarang tidak berkenan dengan sikapnya ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/331558740-288-k324457.jpg)
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...