F | E : 42

7.8K 256 2
                                    

Di dapur, Eva lagi sedang bertungkus lumus memasak nasi goreng ikan masin buat Firash. Lepas solat subuh tadi Firash request nak makan nasi goreng ikan masin.

Maka, di sini lah dia memasakkan buat suami tercintanya. Firash? Lepas habis solat subuh tadi dia tidur semula. Penat sangat agaknya.

Tersentak Eva bila ada tangan besar yang melilit pinggangnya. Memeluk dia dari belakang.

Tak usah ditanya siapa. Dari bau minyak wangi ni pun dia dah tahu siapa. Lagipun tiada orang lain dalam rumah ni selain dari dia dan Firash sahaja.

Luthfi? Anak diaorang dah stay duduk rumah bonda dengan ayah. Itu pun sebab Sofia. Lagi satu, sekolah Luthfi dekat dengan rumah keluarga Firash.

Sofia pula awal-awal lagi dah menawarkan diri untuk menghantar dan mengambil Luthfi dan Hafiz dari sekolah setiap hari.

Nak tak nak. Firash dan Eva mengizinkan sahaja lah. Sofia siap buat drama air mata lagi. Lagipun, setiap hujung minggu Firash dan Eva pasti akan ambil Luthfi bawa pulang ke rumah.

"I miss you." Bisik Firash di tepi telinga Eva.

"Abang. Sayang tengah masak ni." Kata Eva. Dia geli bila Firash menggeselkan hidungnya di leher dia.

"I said I miss you."

"Ya, tahu." Eva masih lagi menggaul nasi yang berada di dalam kuali.

"I said I miss you.." Rengek Firash manja.

"I know.." Sengaja Eva. Dia tahu mesti Firash nak dia balas katanya.

"Sayang tak rindu abang." Lagi dalam dia menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Eva.

Terbantut kerja Eva. Susah dia nak bergerak dengan Firash memeluk dia dari belakang lagi. Dah lah ketat pula tu.

"Abang, susah lah sayang nak buat kerja kalau abang macam ni." Kata Eva perlahan.

"Sayang tak rindu abang." Tenggelam suara Firash.

"I miss you too." Ucap Eva.

"Itu pun sebab abang yang dah merajuk. Kalau tidak sayang tak cakap pun."

Eva mematikan api dapur dan memusingkan badannya menghadap Firash. Dia memegang kedua pipi Firash dan menatap wajah cemberut suaminya.

Terukir senyuman manis di bibirnya melihatkan itu. Perlahan dia mencium bibir suaminya. Sekejap saja. Tak boleh lama.

"Oh merajuk lah ni? Alololo..meh sayang pujuk. Cian ucuk acam husbaby sayang ni." Dia menindih lagi bibir suaminya. Tapi, kali ini lama.

"Merajuk lagi tak?" Firash menggeleng. Dia mana boleh merajuk lama-lama.

"Nak merajuk tapi tak nak."

"Kenapa?"

"Nanti abang rindu sayang. Tak dapat nak peluk sayang lama-lama macam ni." Kata Firash dan menyauk badan Eva masuk ke dalam dakapan hangat nya.

"Sayang kan depan mata abang. Kenapa nak rindu lagi?" Soal Eva dengan mendongakkan kepalanya. Cuma nampak bawah dagu Firash je. Muka tak nampak.

"I will always miss you, sayang. Walaupun sayang depan mata abang pun, abang tetap akan rindu. Because you are my love. My forever love." Ucap Firash lembut dan romantik. Dia menundukkan wajah dan mengucup dahi Eva lama.

Bagai meluahkan segala perasaan cinta dan sayangnya buat sang isteri.

"Cehhh..pagi-pagi dah romantik. Mesti buat salah. Cakap. Abang buat salah apa."

"Seriously sayang?" Ternganga Firash 2 saat.

Punya lah dia bermadah pujangga tadi. Dahtu macam ni je reaksi isteri dia?

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now