Di dalam satu bangunan besar terdapat satu pasangan yang sedang lari berkejaran. Yang sorang berlari, yang sorang lagi mengejar.
Qaseh melangkah dengan pantas untuk meninggalkan bangunan ini. Dia baru lepas habis photoshoot di satu syarikat. Dia nak elak dari berjumpa dengan Qais. Eh tup tup dapat jadi model di syarikat Qais.
Alamakkk. Ni dah dikira sebagai masuk perangkap buaya ni. Haduiii..
Qais mengejar langkah laju Qaseh dari belakang dengan cepat. Dekat sahaja dengan Qaseh terus lengan Qaseh dicapai.
Termengah-mengah dia memandang Qaseh. Lengan Qaseh masih dipegang tidak lepas walaupun Qaseh dah meronta minta dilepaskan.
"Lepaslah. Main sesuka hati je tarik." Kata Qaseh dengan sedikit kasar.
"No! This time I won't let you go. Boleh tak awak berlembut sekali je dengan saya, Qaseh?" Tanya Qais lembut.
"No way! Berapa kali saya nak kena cakap dengan awak ni eh? Saya kata tak nak maknanya tak nak lah. Boleh tak awak faham bahasa? Saya cakap pakai bahasa melayu tau bukan india ke cina ke korea ke atau bahasa-bahasa lain yang ada dalam dunia ni." Bebel Qaseh dengan masih berusaha untuk melepaskan lengannya dari dipegang Qais.
"Qaseh, tak boleh ke awak bagi saya peluang?" Qais meminta peluang pada Qaseh.
"Peluang untuk apa?" Tanya Qaseh dengan merenung wajah Qais.
"Qaseh, awak tahu yang saya ada perasaan dekat awak."
"Perasaan? As what? Awak anggap saya ni macam semua perempuan yang dekat luar sana tu yang awak kenal ke? Yang senang untuk awak mainkan? Macam tu?"
"No, Qaseh. Perasaan saya pada awak tak pernah wujud dekat mana-mana perempuan. Saya mengaku yang saya playboy tapi, saya tak pernah lebih dari sebagai kawan dengan diaorang. Kalau, awak tak percaya awak boleh tanya dengan diaorang semua. Saya anggap diaorang sebagai apa. Lagi satu saya tak pernah nak mainkan perasaan mana-mana perempuan. Saya betul-betul serius dengan awak." Jujur Qais dengan bersungguh. Mata dia tepat merenung dalam mata Qaseh.
"Qais.." Belum lagi Qaseh mahu menghabiskan ayatnya. Qais memotong.
"Please, Qaseh." Memohon Qais dengan penuh berharap.
Qaseh memandang mata Qais dalam-dalam. Mencari kalau ada penipuan di sebalik kata-kata Qais tadi. Tapi, tiada. Apa yang dia nampak cuma lah keikhlasan dan ketulusan.
Maknanya Qais tidak main-main dengan dia. Qais betul-betul serius tentang ini. Qaseh jadi rasa serba salah.
"Lepas." Qaseh meminta tangannya untuk dilepaskan.
Mengeluh Qais. Hati Qaseh betul-betul keras. Setelah dia melepaskan tangan Qaseh, Qaseh langsung beredar dari situ dan meninggalkan Qais tanpa sebarang kata.
Qais hanya mampu lihat sehingga kelibat Qaseh hilang dari pandangan. Nampaknya dia kena berusaha lebih lagi untuk dapatkan hati Qaseh.
"For this time, saya lepaskan awak. Tapi, bukan untuk yang seterusnya." Gumam Qais sendiri dan bergerak menuju ke bilik pejabatnya.
**********
Firash melihat Eva yang sedang mengemas bekas-bekas makanan tadi. Dia akui. Walaupun, Eva seorang bekas model pasti hidupnya penuh dengan kemewahan dan Eva juga dilahirkan dari keluarga yang cukup berkemampuan.
Tapi, tak pernah sekali pun dia rasa susah untuk membuat kerja-kerja sebagai suri rumah. Tiada rasa kekok langsung.
Segala keperluan dia, Eva jaga dengan baik. Keperluan Luthfi juga dijaga dengan elok. Walaupun, Luthfi tu bukan anaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...