Bunyi deringan alarm membangunkan Firash dari lenanya. Semalam dia tidur lewat. Pukul 2 baru dia masuk untuk tidur. Dia mengambil telefonnya yang masih berbunyi. Sudah jam 5:30. Dia segera bangun untuk membersihkan badan selepas itu, barulah dia menunaikan solat subuh.
Firash menjatuhkan kakinya memijak lantai biliknya. Dia berdiri dan berjalan mendekat ke gantungan lalu mencapai tuala mandinya. Dia masuk ke dalam bilik mandi.
Hanya memerlukan masa 15 minit saja dan dia siap dari mandiannya. Dia masuk ke dalam closet dan memakai baju t-shirt putih dan berkain pelikat. Siap memakai baju, dia mengambil sejadah lalu dibentangkan ke lantai. Dia mula mengambil tempat bersedia untuk menunaikan solat subuh.
Firash memberi salam bila sudah di rakaat yang terakhir. Selepas itu, dia menadah tangan berdoa kepada Allah.
"Bismillahirrahmannirrrahim. Ya Allah. Kau bantu lah hambamu yang sedang buntu ini. Kau permudahkan lah segala masalah ku. Kau berikan petunjuk pada ku. Jika benar gadis yang namanya sudah terpahat di hatiku ini adalah jodoh yang terbaik buatku di dunia dan akhirat. Kau dekatkan lah dia padaku. Dan permudahkan urusan kami. Janganlah engkau mempersulitkannya. Hanya kepada-Mu aku memohon dan mengadu, Ya Allah. Aamiin, aamiin ya rabbal al-alamin." Firash meraup tangannya pada wajahnya. Dia berharap agar Allah permudahkan semuanya jika betul mereka berjodoh.
Firash bangun mengemas tempat solatnya. Dia melipat sejadah dan mengantung di gantungan. Dia berjalan ke katil dan duduk di birai katil. Firash mengambil telefonnya untuk melihat sama ada Eva membalas mesejnya atau tidak. Ternyata masih grey tick.
Dia meletakkan kembali telefonnya di atas meja kecil sebelah katilnya. Dia membaringkan semula badannya. Terasa letih satu badan. Selepas itu, Firash terlelap kembali.
**********
Eva menggeliat sebelum dia bangun duduk. Dia melihat di celah-celah langsir biliknya ada cahaya dari luar masuk ke dalam. Eva melihat jam di telefon. Pukul 10!
Penat sangat ni sampai bangun pukul 10. Lagipun, dia tak boleh solat. Memang lena lah dia tidur sampai pagi.
Baru Eva teringat yang semalam dia mendapat satu mesej. Eva membuka telefonnya dan membaca mesej tersebut.
Unknown Number
Eva, ni aku.Pelik Eva rasakan. Dia ingat bila dia mesej macam ni dekat aku..aku tahu kau siapa? Memang tak lah. Entah siapa-siapa yang chat dia ni. Eva membalas menghantar pesanan semula.
Eva
Aku tu siapa?
Kembar Atu Zero?Eva masih menunggu balasan dari orang itu. Selepas 10 minit menunggu, akhirnya orang tersebut balas juga.
Unknown Number
Firash.
Save my number.Terkaku Eva. Rupa-rupanya, encik crush. Ahhhh! Encik crush whatsapp kita! Sukanya! Girangnya hati ini..wuhuuuu!! Terlompat-lompat Eva di atas katil. Eva terus save dengan nama yang agak sweet.
Eva
Maaf lah saya tak tahu.
Saya dah save nombor awak.My Heart🤍
Takpe. Lagipun kau takde nombor aku kan sebelum ni.Eva
Awak mesej saya malam-malam sebab ni je ke?My Hearts🤍
Tak juga.
Aku nak ajak kau keluar.
Bawa Luthfi sekali.Eva
Keluar?
Boleh.
Nanti awak bagi location, saya sampai.
Tak sabar nak jumpa Luthfi.Konon 'tak sabar nak jumpa Luthfi' padahal tak sabar nak jumpa bapak Luthfi.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...