Hati Eva sekarang ini tengah berdebar-debar kerana sekejap lagi dia dan Firash akan masuk ke dalam dewan hotel untuk bersanding.
Dia memeluk lengan Firash dengan erat. Firash yang perasan akan tindakan isterinya terus memandang isterinya.
"Sayang, are you okay?" Tanya Firash prihatin.
Eva yang ditanya terus melihat suaminya dan hanya menganggukkan kepala. Mulutnya seakan terkunci untuk bercakap.
Firash melepaskan pegangan Eva di lengannya dan berdiri menghadap isterinya yang sedang gementar itu. Dia memegang kedua-dua bahu isterinya itu.
"Sayang, look at me. I know you're not okay. Are you nervous?" Soal Firash lagi.
"Abanggg..sayang nervous. Masa sayang buat kerja model dulu takde lah nervous macam ni." Adu Eva manja pada Firash. Dia dah mula mencebik. Mukanya juga sudah dimonyokkan.
Tangan Firash naik mengelus kedua-dua pipi isterinya. Seakan memujuk. Dia memandang wajah isterinya dengan pandangan yang sungguh hangat.
"Sayang. Look at me. I'm here with you so, don't be afraid. I'm always here with you. You have me. Okay?"
"Really? You will not leave me, right?" Tanya Eva meminta kepastian. Dia merenung mata suaminya dalam-dalam.
"Of course no, sayang. Sekarang ni abang nak sayang tenangkan diri dan tarik nafas dalam-dalam lepastu hembus." Arah Firash dengan lembut.
Eva mengikuti apa yang diarah oleh Firash. Dia menarik nafas dalam-dalam dan setelah itu menghembuskan secara perlahan-lahan.
Firash masih lagi tunak memandang wajah isterinya dan mengelus pipi isterinya dengan penuh kelembutan. Cuba untuk menenagkan isterinya.
Tiba-tiba, datang pula seorang wanita mendekati Eva dan Firash. Dia tersenyum pada mereka berdua.
"Tengku, Che Puan. Sila get ready. Kejap lagi dah nak masuk." Kata wanita itu sebagai seorang wedding planner.
"Give us 5 minutes." Balas Firash. Dia masih lagi mengelus pipi isterinya.
"Baik, Tengku."
Selepas lima minit, Eva sudah merasa tenang sedikit dan memandang wajah Firash dengan senyuman manis.
"Abang, sayang dah okay. Jom lah kita masuk."
"Betul ni?"
"Yup. Jom. As long as you with me..I'm okay. Cik, kami dah bersedia nak masuk." Eva memberitahu wanita tadi yang mereka sudah bersedia untuk masuk.
"Baik, Che Puan. Guys, get ready. Tengku dan Che Puan akan masuk." Beritahu wanita itu pada semua pekerjanya melalui walkie-talkie.
Firash dan Eva mengambil tempat dan bersedia untuk masuk ke dalam dewan hotel. Eva melilitkan tangannya ke lengan Firash. Sempat-sempatnya Firash mencium sisi kepala isterinya.
Selepas itu, pintu dibuka secara perlahan-lahan. Mereka berjalan masuk ke dalam dewan hotel dan dapat Eva lihat pelamin berkonsepkan tradisional impian dia.
Walaupun dia seorang bekas model tapi, dia sangat suka akan konsep perkahwinan menggunakan konsep tradisional. Eva dan Firash juga memakai busana pengantin songket berwarna ungu dan emas. Eva memakai kebaya gaya lama.
Bersinar mata Eva. Semua perhatian tetamu tertumpu pada pasangan pengantin ini. Sama cantik, sama segak. Memang sepadan.
Mereka masuk dengan diikuti alunan lagu 'Sampai Ke Hari Tua' by Aizat Amdan. Berkaca-kaca mata Eva saat ini. Dia terharu dengan semua yang dilakukan oleh Firash.
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
Roman d'amourTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...