"Tok umi! Tok abah!" Jerit Luthfi ceria memanggil umi dan babah yang berdiri di hadapan pintu menunggu mereka.
"Cucu tok umi..cepat-cepat. Tok umi dah rindu sangat ni." Langsung badan Luthfi dipeluk umi dan dikucup sayang pipi montel Luthfi.
Terkekeh Luthfi ketawa kerana merasa geli. Umi mengemam pipinya. Geram sangat gamaknya.
Firash membantu Eva untuk keluar dari kereta. Perutnya dah membesar. Dah menampakkan bentuk dengan jelas sekali. Bulat je. Memang lah bulat. Takkan petak. Pernah nampak orang mengandung perutnya petak?
"Hei..bagi lah tok abah pula. Asyik tok umi je. Tepi sikit. Alo cucu tok abah. Sayang tok abah. Nanti tok abah belikan coco crunch banyak-banyak. Nak ke tak nak?"
"Nak!!!" Riang Luthfi sehingga melompat dia bila dengar babah kata nak belikan coco crunch.
Eva dan Firash hanya melihat sahaja. Senang dengan Luthfi yang selesa dan gembira.
"Umi. Babah." Tegur Eva.
"Ya Allah anak umi. Dah besar perutnya. Cucu umi dalam ni apa khabar?"
"Baik umi. Tanya cucu umi je ke? Anak umi ni? Yalah. Kita tahu lah kita ni siapa. Dah tak penting dah. Kalau dulu ditimang-timang. Sekarang dibuang-buang." Seloroh Eva dengan wajahnya sengaja disedihkan. Tergeleng kepala Firash.
"Alolo. Anak manja umi ni. Dah nak jadi mak orang pun masih nak merajuk lagi. Meh umi peluk."
Tersengih Eva. Terkedek-kedek dia berjalan menghampiri umi untuk memeluk. Dah macam penguin.
"Eleh. Mengada je lebih." Tiba-tiba menyampuk satu suara dari belakang.
"Kakak! Lama tak jumpa!"
"Adik apa khabar? Sihat? Baby sihat tak?"
"Alhamdulillah sihat. Kakak sorang je ke? Abang Fizi mana? Tak nampak kereta pun." Melilau mata Eva mencari kelibat abang ipar dia.
"Pergi kedai. Kejap lagi balik lah."
"Ni memang nak buat jejak kasih depan pintu rumah ke? Masuk dalam." Tegur babah yang sudah duduk di sofa dengan Luthfi.
"Sejak bila babah masuk?"
"Tadi. Tulah korang sibuk sangat berdrama depan pintu tu. Dah lah panas. Hitam nanti kulit babah."
"Ceh. Hitam kulit pula. Gedik lah babah ni." Usik Athea.
Mereka berjalan beringan masuk ke dalam rumah. Firash memimpin isterinya. Sekarang ni Eva memang cepat penat. Baru jalan sikit. Kakinya dah naik bengkak.
Kesian dia tengok Eva. Pernah dalam 2 ke 3 kali dia menangis masa mengurutkan kaki Eva di waktu malam. Eva juga yang kena memujuk suaminya ini.
"Adik ada teringin nak makan apa-apa tak?" Tanya umi.
"Rasa macam nak makan mee kari lah. Tapi, umi yang masak. Boleh?"
"Apa pula tak boleh. Mesti lah boleh untuk anak umi ni."
"Lepastu kan, adik nak minum air bandung cincau. Kakak buat. Boleh tak?" Eva mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Air bandung cincau?" Tanya Athea. Eva mengangguk.
"Buat sendiri. Aku nak minum pun aku buat sendiri." Balas Athea selamba.
"Umi..tengok kakak." Mengadu Eva dengan sudah tersebik.
"Kau tengok lah Rash bini kau ni. Mengada. Aku luku kepala kau kejap lagi."
"Ha sudah-sudah. Adik mengidam tu. Bukannya dia minta benda bukan-bukan. Air bandung cincau je."
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...