F | E : 7

10.3K 392 5
                                        

Legacy HOLDING

Di sinilah Eva sekarang. Terpacak di depan bangunan besar tempat dia akan membuat photoshoot nanti. Nak atau tak nak..kena lah juga dia masuk.

Eva melangkah dengan penuh karisma. Semua yang memandangnya hanya dihiraukan saja. Dia tengah tiada mood nak senyum dengan orang sekarang ni. Mood dia dah ke longkang. Eva berjalan tanpa memandang kiri kanan.

Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat 15. Sampai saja, pintu lif terbuka dan sudah ada Mia yang berada di depan lif menyambutnya.

"Eva. Finally..You're here. Encik Azlan tadi dah bising tahu sebab awak lambat." Kata Mia dengan riak kerisauan.

"I'm sorry, Mia. Tapi, tadi saya sakit perut itu yang lambat ni." Beritahu Eva jujur. Memang dari pagi lagi perut dia sudah memulas.

"Kalau, macam tu jom lah. Nanti lagi panjang encik Azlan membebel. Sakit telinga dengar bebel."

Eva tergelak kecil mendengar. Dia tahu yang Mia ini agak anti dengan encik Azlan. Mereka terus berjalan mendekati tempat photoshoot. Sampai di situ, Eva ditegur oleh encik Azlan.

"You're arrived. Where have you been, Eva Raessa?" Tanya encik Azlan dengan suara yang tertahan tapi, ada lemah gemelainya. Ya! Encik Azlan ni lebih kurang geng-geng sotong lah.

"Oh hai, encik Azlan. I am so sorry because I have a stomachache."

Encik Azlan merenung mata Eva dalam-dalam. Mana lah tahu Eva menipu ke apa. Tapi, tiada. Jadi, betul lah yang Eva sakit perut.

"Okay. So, go change your clothes first. After you done, we start our photoshoot." Terus encik Azlan pergi meninggalkan Eva dan Mia di situ. Eva dan Mia berpandangan sesama sendiri sebelum tergelak.

"Pergi tukar baju awak dulu. Cepat sikit. Nanti bising lagi lah dia."

Eva langsung pergi masuk ke dalam tempat yang dikhaskan untuk menukar baju. Setelah siap, dia keluar dan menuju ke tempat untuk menangkap gambar.

"Eva dah siap. So, guys get readyyyy." Arah encik Azlan.

Ada seseorang yang melihat disitu sudah terkejut. Dia tidak sangka perempuan yang dia jumpa di kafe tempoh hari adalah orang yang sama yang tengah menjadi model untuk jenama dia. Eva Raessa..

Selepas 2 jam berphotoshoot, akhirnya habis juga. Penat Eva rasakan. Tiba-tiba, dia ditegur oleh satu suara garau di belakangnya. Eva memusingkan badan untuk melihat gerangan yang menegurnya.

"Hai Eva." Tegur Qais. Berdiri di depan Eva dengan gaya macho dan satu tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Oh..hai." Balas Eva dengan muka berkerut.

"It's me, Qais. Kafe. Number phone." Kata Qais bila melihat wajah kekeliruan Eva.

"Yah, yah..Qais. Sorry, saya tak berapa cam."

"Takpe. I tak sangka yang you ni model yang buat photoshoot dekat my company today for my brand." Kata Qais.

"Oh! This is your company? Modelling?"

"My company have a lot. Modelling, architecture and everything. Modelling ni baru je lagi."

"Wow! Hebat you." Puji Eva.

"Thank you. Tapi, I baru je lagi. Tak hebat mana pun. Lepas ni, you nak pergi mana?"

"Balik lah. Malas nak keluar mana-mana." Eva tersenyum kekok.

"Kalau, I nak ajak you minum-minum dekat kafe bawah, boleh?" Ajak Qais.

"Emm..boleh kalau you belanja." Gurau Eva dengan gelak kecil.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang