F | E : 29

9.8K 277 9
                                    

Tiga bulan sudah Firash dan Eva mendirikan rumah tangga. Hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Eva dah berpindah masuk ke penthouse Firash. Luthfi juga duduk bersama dengan mereka.

Pagi ini, Eva lagi berada di dapur sedang membuat sarapan untuk suami tercinta dan anak tersayang. Ecewahhh. Dia sedang bertungkus-lumus memasak nasi goreng.

"Good morning, sayang." Terkejut Eva tiba-tiba ada tangan menjalar memeluk pinggangnya dari belakang.

Tapi, dia tidak perlu risau. Kerana dia tahu siapa yang memeluknya. Dah takde lelaki lain yang berani nak memeluk dia sesuka hati melainkan suami dia sahaja. Siapa lagi. Firash lah.

"Eee abang. Terkejut sayang. Bagi salam lah lain kali ini tidak main peluk je." Cemberut wajah Eva memandang Firash yang berada di belakangnya.

"Sorry, wife. Sayang masak apa?" Tanya Firash dengan mencium puncak kepala isterinya.

Eva yang mendapat kucupan itu terus tersenyum. Tak jadi nak merajuk. Hish..suami dia ni pun tahu je kelemahan dia. Ni yang malas. Sebab tak boleh nak merajuk lama-lama.

"Masak nasi goreng je. Abang okay kan?"

"Abang okay. Sayang masak je apa-apa. Abang makan semua yang sayang masak. Walaupun sayang masak batu je tetap abang makan." Kata Firash dengan tersengih.

"Ohh. Lepas ni sayang masak batu je lah. Buat batu goreng. Abang jangan tak makan eh kalau sayang dah masak batu tu." Gurau Eva yang sudah menutup api.

Eva memusingkan badannya menghadap Firash. Dia memeluk suaminya dan menggesel hidungnya di dada Firash. Memang ini dah jadi rutin dia setiap hari.

Senyum Firash melihat tingkah manja isterinya. Dia mencium puncak kepala Eva beberapa kali. Eva mendongak memandang Firash dan bibirnya dimuncungkan meminta untuk dicium.

"Ni kenapa dengan bibir ni? Sakit?" Gurau Firash. Dia mengusap bibir isterinya menggunakan ibu jarinya. Padahal dia tahu apa yang isteri dia nak. Tapi, saja nak menyakat sekejap.

"Bukan lah." Eva menggelengkan kepala dan memuncungkan kembali bibirnya.

"Dahtu?"

"Abanggg. Nak kiss.." Merengek Eva manja meminta untuk dicium.

"Kiss? No lah. Nanti Luth nampak." Firash mengusap pipi Eva dengan lembut. Kadang saja dia tarik sikit pipi tembam isterinya.

"Alahhh..sikit je." Eva masih tidak putus asa. Dia makin memanjangkan lagi muncung itu.

"Sikit pun takde." Tersenyum kecil Firash bila melihat wajah monyok Eva yang sudah memandang ke arah lain. Ni confirm merajuk.

Mengeluh Eva bila Firash tidak mahu menciumnya. Minta kiss je bukan minta rumah banglo sebiji ke emas segunung ke kereta sebiji ke.. Hish!

Dipegang kedua belah pipi Eva dan sengaja ditekan pipi isterinya supaya bibir itu menjadi muncung. Selepas itu, dia mencium bibir isterinya lama.

Terkaku Eva bila mendapat ciuman dari Firash. Tak lama selepas itu, dia tersenyum dalam ciuman itu. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya dan menikmati ciuman yang diberi suaminya.

Setelah dirasakan agak lama, Firash memberhentikan ciuman tersebut dan dia mengusap wajah isterinya dengan penuh sayang.

"Morning kiss for you and vitamin for me. I love you so much, sayang." Kata Firash dengan lembut.

Tersipu malu Eva. Wajahnya juga sudah bertukar warna. Mesti dah macam udang bakar. Boleh tak dia benamkan muka dia ni dalam nasi goreng? Malu lah.

"I love you more, abang." Balas Eva malu-malu. Dia membenamkan wajahnya di dada Firash.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now