F | E : 49

8.6K 284 1
                                        

Thalia tengah menunggu kawannya di starbuck sambil menghirup air Chocolate Cream Cold Brew.

Wajahnya juga sudah menjadi masam dek kerana terlalu lama menunggu kawannya.

"Thalia. Sorry aku lambat."

"Kau janji dengan aku pukul berapa? Sekarang dah pukul 3 tau. Kau lambat satu jam tiga puluh minit."

"Sorry lah. Jalan jem tadi. Kau macam tak tahu KL ni punya jalan macam mana."

"Suka hati kau lah, Maria."

"Ni hah orang yang kau suruh aku cari tu. Kau nak dia buat apa?" Bisik Maria.

"Ada lah. Sibuk je. Kau diam je dekat tepi ni." Thalia memandang lelaki yang duduk di hadapannya.

"Nama kau siapa?" Tanya Thalia.

"Rudi." Singkat balasan lelaki bernama Rudi ini.

"Aku ada kerja untuk kau. Kau dah biasa buat kerja-kerja yang..you know what I mean right?"

Hanya dibalas dengan anggukan dari Rudi. Wajah lelaki ini tenang sahaja.

"Jadi, aku nak kau langgar je perempuan tu sampai dia gugur. Lagi bagus kalau perempuan tu mati. Puas hati aku." Kata Thalia.

"Lia. Apa kau ni?"

"Kau diam je lah."

"Aku akan buat. Tapi tak murah. Kau faham kan?"

"Pasal duit kau tak payah nak risau lah. Kau cakap je berapa. Aku bagi. Yang penting kerja kau bagus."

"Kerja aku sentiasa clean. Aku pergi dulu. Apa-apa call je. Ni nombor aku." Rudi memberikan sehelai kertas yang dihulurkan di atas meja.

Selepas itu, dia langsung pergi dan berjalan menjauh dari tempat Thalia dan Maria.

"Kau jangan cakap dengan aku perempuan yang kau maksud tu isteri Firash."

"Yes. Memang dia pun."

"It's enough lah Thalia. Dari dulu lagi Firash tak pernah sukakan kau pun. Kau tak sedar ke benda tu? Aku tak tahu lah yang kau ni buta ke bodoh? Ke dua-dua?"

"I'm so deeply in love with him. Aku tak boleh tengok dia bahagia dengan perempuan lain. Kau faham tak perasaan sakitnya bila tengok orang yang kita cinta bahagia dengan orang lain. Bukan bahagia dengan kita."

"Aku dah penat lah Thalia bercakap dengan kau ni. Sampai jadi apa-apa pada kau. Jangan libatkan aku." Terus Maria berdiri dan berlalu pergi meninggalkan Thalia.

Malas dia nak berlama duduk di situ. Buang masa je. Thalia tu bukannya nak dengar pun kata orang.

Thalia hanya melihat sahaja pemergian kawannya dengan renungan mata. Bagi dia, tidak akan terjadi apa-apa.

**********

Akhirnya sampai juga di rumah setelah memandu berjam-jam lamanya. Dengan Eva banyak kali muntah dan merengek tidak selesa.

Luthfi tadi Firash hantar ke rumah keluarga Firash. Luthfi sendiri minta. Lagipun esok Sofia nak bawa Luthfi keluar berjalan.

"Sayang, bangun. Kita dah sampai ni." Firash mengejutkan Eva yang lena.

Senyap.

"Sayang.." Panggil Firash lagi dengan lembut.

Merengek Eva tidak suka bila tidurnya dikacau. Perlahan dia membuka matanya.

"Bangun lah. Dah sampai ni. Jom?"

"Sampai mana?" Tanya Eva mamai.

"Sampai rumah, sayang. Jom keluar."

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang