F | E : 50

9.7K 286 3
                                        

"Abang. Nanti sayang nak pergi butik boleh?" Pinta Eva yang tengah mengikat tali leher Firash.

"Abang hantar." Tunak Firash memandang wajah Eva. Cantiknya lahai isteri aku ni.

"Takpe. Sofia kejap lagi datang. Sayang pergi dengan Fi je. Boleh eh?"

"Sofia tak cakap pun dia nak datang."

"Mana lah sayang tahu. Tapi, boleh tak ni?" Tanya Eva sekali lagi.

"Hati-hati. Abang tunggu sampai Fi datang lah baru abang gerak." Firash mengelus lembut tepi kepala Eva. Kemudia, dia mengucup dahi isterinya.

"Dah siap. Wahhh kacaknya suami hebat sayang ni. Dekat office abang tu mesti ramai perempuan mengorat kan? Tak pun client perempuan. Betul ke tak?" Mengecil mata Eva merenung wajah Firash.

"Ramai tak ramai lah. Tapi, abang tetap setia pada yang satu. Sayang lah satu-satunya pujaan hati abang. Ecewahhh.." Gurau Firash.

"Oh. Okay." Toya muka Eva.

"Oh? Okay? Itu je? Macam tu je respon sayang? Takde nak cemburu ke apa ke?"

"Buat apa nak cemburu? Diaorang semua tu cuma boleh tengok je. Sayang ni bukan setakat tengok. Boleh buat lebih lagi. Ni hah nampak. Dah nak meletup dah pun perut ni." Eva mengusap perlahan perutnya yang semakin membukit.

Minggu lepas mereka berdua pergi membuat check up. Alhamdulillah. Mereka mungkin akan dapat baby girl.

Firash lah lepas dapat tahu jantina baby. Bukan main happy lagi. Gembira sakan dia. Katanya memang dah lama nak ada anak perempuan. Luthfi pun seronok je.

Dijatuhkan perlahan lututnya untuk menyamai paras wajahnya dengan perut besar Eva. Dikucup bertalu-talu perut tersebut.

"Assalamualaikum baby girl, daddy. Buat apa dalam ni? Hari ni nakal tak? Jangan bagi mommy sakit tau. Sentiasa jadi anak yang baik. Daddy love you." Ucap Firash dan mencium sekali lagi perut Eva.

Eva yang melihat pemandangan itu hanya tersenyum senang. Bahagia dia rasakan sekarang ini.

Tapi, itu lah. Semenjak dua menjak ini, dia rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi, tidak pula dia beritahu pada Firash.

"Habislah..lepas ni abang dah ada baby baru. Sayang ni abang dah tak anggap baby pun." Kata Eva dengan nada sedikit berjauh hati. Bibirnya juga sudah dicebikkan.

Saja nak berlakon. Matanya juga memandang ke arah lain.

Firash bangun dari tinggungannya dan berdiri menghadap Eva. Terukir senyuman manis dia melihat wajah cemberu isterinya. Comel!

"You are my big baby and this one is my little baby. You guys are my baby." Tutur Firash.

"Okay." Singkat saja balasan Eva.

"Abang. Emm..esok kalau kita balik rumah bonda nak? Nisa kan dah melahirkan. Nak tengok baby.."

"Boleh sayang. Abang baru nak ajak sayang hujung minggu ni. Dah alang-alang sayang ajak esok. Esok kita pergi."

"Yeayyy..thank you. I love you." Ucap Eva ikhlas dengan menghadiahkan senyuman manis buat Firash.

"Dah jom. Kita turun. Ni Fi dah gerak belum?"

"Tadi dia kata dekat tengah otw. Kejap lagi sampai lah tu." Beritahu Eva sambil berjalan dengan dipimpin Firash.

Berhati-hati mereka menuruni tangga. Firash perhatikan setiap langkah Eva. Tidak terlepas walau satu langkah pun dari pandangannya.

'Tok tok tok'

"Assalamualaikum!!" Menjerit Sofia dari luar pintu.

"Sampai dah budak tu." Kata Firash. Mereka berdua terus berjalan mendekati pintu utama rumah.

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang