Di ruang makan, Firash lagi makan bersama ahli keluarganya. Dia melihat wajah Luthfi dan bonda. Selepas itu, dia menarik nafas dalam-dalam dan mula bersuara.
"Bonda, ayah. Rash ada nak cakap sesuatu." Yang lain sudah terdiam bila mendengar suara Firash.
"Rash nak cakap apa?" Tanya ayah yang merenung wajah anak keduanya ini.
"Rash dah sedia nak kahwin." Kata-kata Firash mengejutkan semua yang berada di meja makan.
"Firash betul ke ni? Dengan siapa?" Tanya bonda pula.
"Dengan Eva." Jawab Firash.
"Alhamdulillah. Eva tahu? Dah cakap dengan dia?" Tanya bonda lagi.
"Dah bonda. Dari minggu lepas lagi. Sekarang, Rash nak jumpa dengan babah dan umi dia dulu. Sebab Eva kata babah dia nak jumpa." Beritahu Firash dengan tenang.
"Bila nak pergi? Bonda nak ikut sekali lah."
"Nak ikut juga, nak ikut juga." Menyampuk Harez dengan beria-ria angkat tangan kata nak ikut. Mengalahkan Luthfi dan Hafiz. Bapak budak pula yang melebih.
"Tak payah. Kamu duduk rumah je diam-diam." Kata bonda tanpa perasaan.
"Alah bondaaaa. Rez nak ikut juga."
"Siapa yang nak kahwin sekarang ni? Kamu ke Rash? Duduk dekat rumah diam-diam. Anisa dengan Hafiz boleh ikut bonda." Saja bonda nak mengusik anak sulungnya.
Anisa menahan ketawanya dari terletus bila melihat wajah suaminya yang sudah cemberut dengan bibir muncungnya lagi. Haihhh suami. Ni mesti kejap lagi merajuk.
"Suka betul mengusik anak ya? Ikut je lah, Rez. Ni kamu cadang nak pergi jumpa family Eva bila?" Ayah mencelah menghentikan usikan bonda. Muka Harez dilihat-lihat dah macam kerbau tengah makan.
Bonda hanya tersengih suka. Harez pula sudah girang sebab dapat ikut. Yuhuuu!
"Ingat awal bulan depan. Macam mana?"
"Bonda tak kisah. Lagi cepat, lagi bagus. Okay! Awal bulan depan! Tunang sekali."
"Tapi, bonda ni baru nak jumpa. Takkan nak terus tunang pula."
"Apa salahnya? Bonda tahu family Eva pun mesti setuju."
"Awak ni pun..budak-budak ni baru kenal. Bagi lah diaorang ruang untuk kenal diri masing-masing." Sampuk ayah menegur bonda.
"Takde masalah lah pun, abang. Masa tempoh tunang tu pun boleh kenal-kenal juga."
"Takpe lah. Nanti Rash bincang dengan Eva. Kalau, dia dengan family dia okay. Kitaorang tunang." Putus Firash tidak mahu bonda dan ayah bertekak kerananya.
Selepas berbincang dengan keluarganya tadi, Firash terus naik ke bilik untuk berehat. Penat keluar satu hari dengan Luthfi dan Eva. Tiba-tiba, dia teringat akan kata-kata bonda untuk bertunang.
Firash bangun dari perbaringannya dan mencapai telefon di atas meja kecil dan mendail nombor Eva. Panggilan di sana masih lagi belum disahut. Firash mencuba sekali lagi dan kali ini panggilannya dijawab.
My Happiness❤️
Assalamualaikum.Firash
Waalaikumussalam.
Kau buat apa?My Happiness❤️
Baru je nak tidur.
Kenapa?Firash
Oh, sorry ganggu.
Takpe lah.
Pergi sambung tidur.Firash baru saja mahu menutup panggilan, tiba-tiba suara Eva kedengaran di talian memanggilnya.
My Happiness❤️
Firash..
![](https://img.wattpad.com/cover/331558740-288-k324457.jpg)
YOU ARE READING
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...