F | E : 34

7.7K 274 2
                                    

F'ZAY HOLDING

Di ruangan bilik yang besar ini, Firash merasa sempit. Dia masih lagi berfikir tentang semua chat yang Eva dapat.

Apa motif orang tu menghantar semua chat dan gambar-gambar macam tu? Semua kerjanya di atas meja dibiarkan sahaja. Tiada mood nak buat.

Kalau, bukan Carl. Siapa? Sarah? Tapi, perempuan tu dah lama hilang. Dia munculkan diri sekarang apa dia nak? Pening Firash.

Tersentak Firash bila mana pintu bilik pejabatnya diketuk secara tiba-tiba dari luar. Dia membetulkan dahulu duduknya sebelum memberi izin untuk masuk.

Kirana membuka pintu bilik pejabat dan melangkah masuk ke dalam dengan membawa satu fail di tangan untuk diserahkan pada Firash.

"Tengku. Ni dokumen yang Tengku minta tadi."

"Terima kasih." Firash mengambil fail yang diletakkan Kirana di atas mejanya.

"Oh. Lagi satu Tengku. Ada orang nak jumpa dengan Tengku."

"Siapa?"

"Saya tak kenal. Tapi, dia kata Tengku kenal dia." Terangkat kepala Firash memandang wajah Kirana.

"Lelaki atau perempuan?"

"Perempuan."

Setelah lama berfikir, Firash menyuruh Kirana untuk memanggil perempuan itu masuk. Kirana turutkan sahaja. Dia keluar memanggil perempuan tersebut.

Firash terdengar derapan bunyi tapak kasut tumit tinggi yang berjalan mendekati ke arahnya. Dia mengangkat kepala memandang figura tersebut.

Terangkat sebelah alisnya bila melihat perempuan yang sudah berdiri di hadapannya ini. Alina! Kawan Sarah.

"Hai Firash. Long time no see." Kata Alina dengan senyuman manis. Wajah Firash hanya beku sahaja.

"Alina." Perlahan Firash menyebut.

"Yes, I am. Tak sangka you masih ingat nama I."

"Just straight to the point, Alina. What do you want?" Dingin suara Firash.

"You changed. I datang sini sebab Sarah." Beritahu Alina tenang.

Tegang Firash bila mendengar nama Sarah. Rahangnya diketap.

"Emm..Firash. You tak nak suruh I duduk ke? Kebas kaki dah ni."

"Have a sit."

"Thank you." Alina menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Firash.

"I tahu you tak suka bila I sebut nama Sarah. Tapi, ni penting sebab melibatkan your wife and your son."

"What do you mean?"

"Selama ni I tahu Sarah ada hantar macam-macam chat dekat your wife. Hantar gambar yang menyeramkan dengan niat untuk takutkan your wife. Dia nak wife you tinggalkan you."

"I dah banyak kali halang dia. But, still dia degil. Sebelum ni dia pernah hantar orang untuk cederakan wife you. Tapi, I halang. I suruh orang tu pergi dengan I bagi lagi upah untuk orang tu tak buat." Sambung Alina lagi.

"Jadi, selama ni yang hantar chat dan gambar mengarut macam tu..Sarah? Satu hari aku fikir pasal benda ni." Bengang Firash.

"I dapat tahu pagi ni Sarah pergi jumpa wife you. I tak dapat nak halang. Pagi-pagi lagi dia dah hilang." Beritahu Alina.

"Jumpa isteri aku? For what?"

"I don't know. Tapi, I yakin wife you mesti dapat handle. Sebab apa yang I tahu, wife you bukan jenis senang nak dengar kata orang. Am I right?"

MRS FIRASH ZAYDEN [C]Where stories live. Discover now