Petang dah menjelang. Masa untuk balik akhirnya tiba juga. Eva mengemas semua barang-barangnya yang ada di atas meja.
Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya dibuka dan terjengul lah kepala Orkid dan Dayang di sebalik pintu itu.
"Hai puan." Tegur mereka berdua serentak dengan tersenyum.
"Hai. Kenapa? Minta gaji? Awal lagi ni."
"Ish. Bukan lah."
"Dah tu?"
"Puan dah nak balik ke?" Tanya Dayang.
Orkid dan Dayang melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Eva perlahan. Mereka mendekati Eva.
"Yalah. Balik lah. Kejap lagi suami saya datang nak ambil."
"Alooo..baru nak ajak puan lepak dekat kedai depan tu. Ada menu baru. Nasi Arab." Beritahu Dayang. Orkid mengangguk kepala.
"Nanti-nanti lah ya? Saya tak larat ni. Lain kali kita pergi saya belanja awak berdua."
"Okay. Ni kitaorang tunggu puan lah. Suami puan dah datang baru kitaorang pergi." Tutur Orkid.
"Eh takpe. Korang pergi je lah."
"Takpe..kitaorang teman je. Free of charge. Tak minta bayar pun." Seloroh Dayang.
"Suka hati awak berdua lah. Ni tolong saya angkat barang. Tak larat lah."
"Meh sini saya bawa." Dayang membawa beg tangan Eva. Orkid pula memimpin Eva untuk berjalan.
Nampak susah sangat nak berjalan tu. Dengan perut besarnya lagi.
"Puan. Ni dah berapa bulan?" Soal Orkid. Takut dia tengok perut Eva.
"Dah 8 bulan."
"Oh. Dah sarat lah kiranya puan ni. Tapi, nak juga datang butik. Patutnya puan duduk je dekat rumah. Bab-bab klien ni nanti biar kitaorang je lah yang urus. Bukannya kitaorang berdua ni tak biasa." Kata Dayang.
"Duduk puan. Hati-hati." Dayang memberi kerusi pada Eva dan Orkid membantu Eva untuk duduk dengan perlahan.
"Terima kasih. Takde apa lah. Lepas ni saya duduk rumah je. Saya nak jumpa dengan korang juga sebelum saya cuti lama. Jadi, lepas ni buat sementara waktu kakak saya yang jaga. Jadi, lepas ni apa-apa terus inform kak Athea. Okay?" Jelas Eva.
"Okay puan. Tapi puan, saya tak tahu lah nak bagi hadiah apa untuk baby puan ni. Saya pergi kedai baby kan..banyak baju cantik-cantik. Pening saya nak pilih. Saya pun jadi rambang mata." Beritahu Orkid dengan memuncung mulutnya bercerita.
"Bukan kata awak je. Saya pun sama. Nanti-nanti je lah kalau nak bagi hadiah tu. Tunggu baby dah keluar. Dah besar sikit haa baru bagi." Kata Eva memandang Orkid dan Dayang bersilih ganti.
Terangguk-angguk kepala Orkid dan Dayang mengiyakan kata Eva.
Tiba-tiba, telefon Eva berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Eva mengambil telefonnya yang berada di dalam handbag dan dibuka. Ternyata Firash.
My Heart🤍
Sayang. Abang dah sampai. Abang ada dekat luar ni. I love you❤️.Tersenyum Eva membaca mesej dari Firash. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam handbag dan bangun dari duduknya.
"Tengku dah sampai ke puan?" Soal Dayang.
"Dah. Dia ada tunggu dekat luar. Saya pergi dulu."
"Hati-hati puan." Pesan Orkid. Eva hanya membalas dengan anggukan.
Perlahan Eva melangkah keluar dari butik. Dapat dia lihat suaminya yang sedang berdiri di luar kereta dengan menyandarkan sebelah badan ke kereta. Siap pakai cermin mata hitam lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS FIRASH ZAYDEN [C]
RomanceTengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mul...