Prologue

488 11 2
                                    

Suasana di ruang tamu rumah agam itu hanya kedengaran bunyi kipas siling berpusing sahaja. Semua hanya mendiamkan diri.

"Saya mintak maaf andai apa yang saya akan beritahu nanti akan menyakitkan hati semua orang" Faiq mula bersuara.

Semua mata memandang kearahnya. Faiq menelan air liur perit.

"Saya nak putus" Beritahu Faiq kepada semua di ruang tamu itu.

Iman terkedu. Dia memandang Faiq tidak percaya. Putus?

"Putus? Faiq buat lawak apa ni" Tanya Datin Fiza yang mula tidak sedap hati.

"Tak, Faiq tak buat lawak. Faiq nak putus tunang" Ulang Faiq dengan lebih jelas.

"But why?!" Jerit Datin Fiza. Fikirannya mula serabut kerana musnah angan - angannya ingin bermenantukan Iman Humaira.

Iman mengusap perlahan bahu Datin Fiza disebelahnya. Dia cuba mengawal riak wajahnya untuk kekal tenang.

"Faiq -- Faiq dah ada orang lain" Jawab Faiq takut - takut. Datuk Fahrezzi memicit kepalanya perlahan. Anaknya ini memang selalu buat masalah.

"Humaira tahu ke tidak yang Faiq dah ada orang lain?" Tanya Datin Fiza memandang tepat ke arah wajah Iman. 

Sebersalah Iman untuk mengaku jujur. 

"Dia da --"

"Mama tak tanya kamu Faiq" Belum sempat Faiq berkata, Datin Fiza terlebih dahulu memotong.

"T-- tak" Jawab Iman sedikit gagap. Terus dia menundukkan wajahnya. Takut melihat wajah kecewa Datin Fiza.

"Good! Kau dah orang lain lepastu kau tak bagitahu Humaira and know - know kau cakap nak putus tunang? Very good, Faiq Ahmad" Sindir Datin Fiza.

Tertunduk kepala Faiq apabila disindir oleh ibunya. 

"Dan yang paling mama tak boleh terima, kau tak bincang dulu dengan Humaira? Like macam, kau ingat Humaira ni anak patung ke apa? Tak ada hati dengan perasaan? Macamtu?" Hentam Datin Fiza lagi.

Iman mengusap perlahan tangan Datin Fiza. Dia menggeleng perlahan.

"Aunty, Humaira okay je. Mungkin kami tak ada jodoh, nak buat macamana kan? Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah. Kita ja yang tak tahu. Humaira terima berita ni dengan hati terbuka" 

"Dan hang Faiq, aku ucapkan tahniah sebab hang berani mengaku yang hang ada orang lain. Satu ja pesanan aku, jangan selalu berdua dengan bukan mahram walaupun dekat tampat public. Tak elok orang tengok"

"Aku harap hampa bahagia hingga ke Jannah insha Allah amin" Usai berkata sedemikian, Iman membuka cincin di jari manis kanannya dan meletakkannya di atas meja di hadapannya. Ikut hati nak campak je.

Encik Hakim dan Puan Raihana sebagai ibu bapa Iman hanya mendiamkan diri.

"Hakim, Raihana. Aku mintak maaf ye. Aku tak tahu lah apa yang ada kepala otak anak aku ni haih" Datuk Fahrezzi memohon maaf.

"Yalah. Biasa lah budak - budak lagi" Encik Hakim hanya mampu pasrah. 

"Fiza, sudah - sudah lah tu. Tak apa, aku tak kisah. Lagipun anak aku terima je keputusan anak kau" Pujuk Puan Raihana melihat gunung berapi akan meletus sebentar nanti.

Iman menggalas handbag nya lalu bangun dari duduk. Dia membetulkan sedikit tudungnya dan tunduk menyalami tangan Datin Fiza. "Saya mintak diri dulu, kejap lagi nak pergi melawat Intan dekat asrama pula"

Encik Hakim dan Puan Raihana mula berpamitan dan keluar dari rumah agam itu.













"Iman okay?" Tanya Encik Hakim lembut. Sempat dia mengusap perlahan kepala anaknya yang dibaluti tudung bawal labuh itu.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now