- You already mine sayang -
Intan mengeliat kecil apabila sudah terjaga dari tidur. dia lihat persekitaran bilik yang duduk ini.
"hai? dah bangkit dah ka?" perli Aireen yang sedang saterika baju itu.
Intan mengerut keningnya. "pukul berapa dah?"
"9 Intan oii." beritahu Aireen meleret.
lantas Intan bangun dari katil. dia mengambil telefonnya di tepi bantal dan melihat skrin telefon. dia rasa Aireen menipunya.
9.03 a.m.
okay, Aireen tak tipu. Intan bangun dari katil dan tunduk ke lantai. dia mengerut keningnya.
"mana? mana?" Intan mencari sesuatu di atas lantai. Aireen melihat sepupu nya itu seperti orang gila mula rasa seriau.
"woi hang pasaipa ni?"
"mana beg aku woi!"
Aireen menayangkan wajah pelik. beg? beg apa?
"beg apa? handbag?" soal Aireen.
"beg baju aku lah!" Intan mula naik hantu. boleh pulak Aireen buat lawak bodoh?
"hang semalam masuk rumah mana bawak beg baju bengong! hang bawak handbag ja!" marah Aireen.
Intan ternganga. okay, dia baru ingat, dia tertinggal beg bajunya di dalam kereta. lantas dia menyarung tudung bawal sarung hitamnya dan stokinnya.
dia mengambil sehelai tisu di atas meja solek Aireen dan mengelap wajahnya.bagi hilang muka busuk.
Intan menyeluk handbag nya dan mengambil kunci kereta lalu keluar dari bilik. dia berjalan laju ke pintu utama dan keluar dari rumah.
dia menghampiri Honda Civic itu lalu membuka but kereta sebaik sahaja dia unlock kereta. dia mengeluarkan beg bajunya serta satu tote bag yang berisi barang peribadinya. dia menutup kembali but kereta dan mengunci kereta.
"uish, kereta hang ka Intan?" soal Alif tidak percaya.
belum sempat Intan mahu menjawab, mak teh juga turut datang untuk kepoh bersama.
"uish hang, beli kereta tak habaq nah! dah berjaya anak buah aku nii Alhamdulillah." mak teh mengusap mukanya.
"eh bukan lah!" Intan mula naik rimas. aduh, boleh salah anggap pulak depa nii.
"ni bukan kereta Intan. ni kereta Isma, suami akak. Intan pinjam je." jujur Intan.
mak teh dan Alif menganggukkan kepala mereka. faham.
"Insha Allah, nanti Intan ada kereta sendiri satu hari nanti." ucap mak teh.
"Insha Allah."
"Adikku comel memakai baju kebaya~"
"bab-" hampir saja Aireen ingin mencarut apabila mendengar Alif menyanyi bait lagu DAS.
"hang kan, jangan tanya kalau kasut aku sampai dekat muka hang." ugut Intan.
boleh pulak waktu orang tengah makan, dia nyanyi lagu tu? ha, elok lah tu. nama dah lah sama, suara pun dua - dua kelaut!
terus cemberut wajah Alif apabila dikecam sedemikian. ala, apa salah dia? dia teringat lirik lagu tu jelah!
dia melihat ke arah Zara untuk meminta bantuan, tapi Zara hanya menjeling nya. apa? ingat dia nak tolong? hm, lambat lagi.
"boleh tak awak jangan spoil kan mood orang? saya sepak jugak awak nanti." tegur Zara, dalam masa yang sama dia mengugut juga.
Alif terus menyambung makan dengan wajah masam nya. kalau ada pia lagi best!
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...